Pembelian Online dan Khidmat Penghantaran Amway

Semalam saya mencuba khidmat pesanan, pembelian dan pembayaran secara online di talian melalui laman web amway2u.com. Setiap ahli akan diberikan satu akaun traksaksi Amway di laman web (website) tersebut. Saya melakukannya di rumah pada kira-kira jam 5 petang.

Pembayaran dibuat melalui akaun CIMBCliks.com saya yang dihubungkan terus dalam laman web Amway tersebut. Sesiapa yang ingin buat pembelian secara online, pastikan akaun bank anda boleh melakukan transaksi ini.

Sila tanya bank anda jika akaun bank anda ada kemudahan tersebut. Selalunya bank akan berikan anda khidmat TAC bagi memastikan anda dapat password mereka di handphone sewaktu melakukan transaksi ini.

Pembelian online yang saya lakukan semalam adalah berharga RM32.00 (DP) dan saya dikenakan bayaran tambahan RM10.00 untuk khidmat penghantaran tersebut. Jumlah besar yang saya bayar adalah RM42.00. Khidmat penghantaran akan hanya PERCUMA jika pembelian adalah bernilai lebih RM300.00.

Setelah melakukan pembelian semalam, pada hari ini jam 3.00 petang, lori Amway berada di depan pintu rumah saya menghantar produk yang dipesan. Woww.. tidak sampai 24 jam!

Ini adalah gambar yang sempat saya rakamkan. Produknya adalah pembasuh pinggan yang diminta oleh emak saya … 🙂

2013-06-26 15.24.00Lori penghantaran yang tiba2013-06-26 15.24.15 2013-06-26 15.25.36Satu produk tapi berbungkus kemas..

2013-06-26 16.09.30
Tu dia… 🙂2013-06-26 15.27.40

Saya kira percubaan pembelian online saya berjaya. Mungkin dilain kali jumlah nilai barangan itu perlu ditambah kepada lebih dari satu produk atau bernilai lebih RM300.00. Kos nak ke kedai Amway di Petaling Jaya dari rumah saya di Cheras pun lebih kurang RM10 juga!

Inilah cara terbaik untuk jimat wang dan jimat masa bagi melakukan perniagaan ini!

P/S:  Harga produk Dish Drops itu tidak mahal jika dibandingkan dengan peralatan sampingan yang dibeli. Ia juga mempunyai kepekatan yang sangat tinggi dan jangka masa penggunaannya yang lebih berkali-kali lama dari produk biasa. Selain itu, ia boleh digunakan untuk membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia juga boleh mencuci kain/span pencuci pinggan mangkuk. Ia produk mesra alam tanpa sebarang bahan kimia yang memudaratkan. Itulah Amway!

Masuk Amway Kena Maintain Bulanan?

paying-high-feesApabila saya bercakap dengan beberapa orang lama dalam industri ini, saya diberitahu bahawa apabila anda masuk Amway, anda perlu melakukan pembelian ‘maintain’ atau ada komitmen setiap bulan. Mereka berkata ia agak mahal, ada yang kata beratus-ratus dan ada yang kata beribu-ribu!

Kenyataan kedua yang sering saya dengar adalah anda tidak akan mendapat komisyen jika anda sendiri tidak membeli barangan seperti mana kadar pembelian ‘maintain’ yang telah ditetapkan.

Saya jadi pelik dengan kenyataan-kenyataan sebegini. Ini kerana ia tidak logik. Kalau kedua-dua kenyataan itu betul, saya rasa Amway tidak akan berkembang menjadi gergasi sebegini besar. Kalau kenyataan-kenyataan itu benar-benar betul, ia juga bermakna Amway ada ‘senjata rahsia’ tersangat luarbiasa hebat sehingga berjuta-juta orang tak serik-serik, tak henti-henti menyertainya sejak 54 tahun yang lepas.

Maka saya semak segalanya di Amway. Jawapannya.. TIDAK ADA!. Tiada pembelian maintain yang mesti dibuat untuk kekal menjadi ahli Amway atau membeli produk barangan mereka dan juga tiada kadar pembelian peribadi tertentu yang diwajibkan untuk mendapat komisyen.

Apa yang saya tahu, hanya RM90 sahaja wajib dibayar untuk menjadi ahli pada tahun pertama dan tahun-tahun berikutnya anda akan diberikan pilihan untuk terus menjadi ahli Amway dengan membayar RM45 yang digunakan untuk membiayai majalah bulanan Amagram.

Soal beli atau tidak barangan Amway tidak jadi persoalan. Anda boleh jadi ahli walaupun tidak membeli sebarang produk. Anda boleh beli seberapa banyak anda mahu atau seberapa sedikit anda mahu. Tiada tekanan! Mudah!

Dari mana pula timbulnya cakap-cakap tentang kena bayar mahal setiap bulan dan kena ‘maintain’ setiap bulan dan anda tak akan dapat komisyen jika tak maintain pembelian pada kadar tertentu yang tinggi ?

Okay, perkara sebegini timbul apabila terdapat ahli-ahli pengedar yang mengadakan program-program untuk kumpulan mereka sendiri. Program-program ini bersifat tertutup yang dibuat oleh pengedar dalam proses membina kejayaan untuk rangkaian perniagaan mereka. Ia tidak bersalahan dengan polisi Amway selagi tiada paksaan dilakukan!

Kumpulan pengedar ini akan mempromosi program-program dengan tarikan-tarikan tersendiri yang bertujuan untuk menarik keahlian baru ke dalam rangkaian perniagaan mereka. Pembelian produk untuk menyertai program-program tersebut mungkin berharga agak tinggi sedikit namun ia adalah berbaloi jika anda inginkan keputusan hasil dari penyertaan dalam program tersebut.

Atas sebab-sebab tertentu, terdapat ahli-ahli yang ‘merasa tertekan’ atau ‘tidak mampu’ meneruskan penyertaan dalam program tersebut dan ingin berhenti, namun ahli-ahli tersebut gagal memahami bahawa mereka sebenarnya boleh berhenti dari program-program tersebut pada bila-bila masa sahaja.

Sebenarnya, jika mereka berhenti dari program-program tersebut, keahlian Amway mereka tidak terbatal dan mereka boleh membeli dan menggunakan produk seperti biasa atau mengembangkan perniagaan mengikut kesesuaian mereka. Tiada masalah!

Tentang pembayaran komisyen, Amway telah menetapkan bahawa anda akan mula menerima komisyen sebanyak 3% apabila pembelian peribadi anda dan kumpulan anda mencapai 250 PV. Ini bermakna jika kumpulan anda mencapai pembelian 250 PV, maka anda mula layak dapat komisyen 3% walaupun anda sendiri membeli barangan 1 PV (lebih kurang RM3). Itu sahaja! Mudah!

what-do-u-want2Salah faham ini perlu diperbetulkan. Tiada paksaan dalam Amway! Anda boleh mengikut rentak anda sendiri. Nak jadi ahli biasa dan guna produk pun boleh, nak berniaga cara anda sendiri pun boleh. Asalkan anda menjaga dan mengikut etika-etika perniagaan yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Walaubagaimanapun, ada pendapat mengatakan bahawa jika anda ingin berjaya, anda perlu mengikut cara yang telah diuji dan teruji oleh mereka yang telah berpengalaman melaluinya dan telah berjaya melakukannya. Dengan cara itu, anda tidak akan membazirkan masa dan tenaga untuk mengejar kejayaan dengan cara yang salah. Pendapat ini sangat benar. Jadi, sila berbincang dengan mentor anda dan beritahu dia apa yang anda cari dan mahukan dalam Amway.

Sebenarnya pilihan adalah ditangan anda. Gunakan hak anda! 

Memahami Sistem Imbuhan AMWAY

Setelah membaca sekali imbas dan melihat senarai semua produk-produk Amway, saya mula memahami pelan imbuhan Amway. Hampir 2 hari saya baca buku manual, search di internet untuk mengkaji sistem imbuhan mereka.

Zaman sekarang ada internet, ia memudahkan kerja kita. Tanpa perlu bergantung kepada upline, kita boleh berusaha mendapatkan apa yang kita mahu. Penaja (Upline) hanya boleh buka peluang dan beri panduan mengikut apa yang dia tahu,

Selebihnya, usahakan sendiri! Prinsip ini saya bawa sejak mula menceburi bidang pemasaran rangkaian. Tapi, jika anda punya penaja yang bagus, pemimpin berkaliber, bersyukur sangatlah. Harap dia boleh bimbing anda dan sentiasa memahami kehendak diri anda untuk berjaya.

Berbalik kepada sistem imbuhan Amway, perkara pertama yang saya lihat di setiap produk Amway ada tertulis  perkataan PV, BV, DP dan CP.

PV bermaksud Point Value (Nilai Mata) – nilai angka yang diberi kepada sesuatu produk. Produk bukan kepunyaan Amway, selalunya mempunyai PV rendah sedikit.

BV bermaksud Business Value (Nilai Perniagaan) – angka kewangan yang diberi untuk sesuatu produk. Ia berkait dengan harga produk dan inflasi. Selalunya hampir sama dengan harga produk.

DP bermaksud Distributor Price (Harga Pengedar) – Harga pembelian anda sebagai Pengedar.

CP bermaksud Customers Price (Harga Pelanggan) – Ia harga jualan produk kepada pelanggan bukan ahli.

Seterusnya, saya mengkaji Jadual Bonus Pencapaian. Ia adalah wang bonus yang kita jana sekiranya kita dan kumpulan berjaya melakukan aktiviti pembelian sendiri atau pun penjualan.

AM

Pembelian Ahli

Katakan anda membeli produk pada harga RM100 (DP). Untuk anda mengetahui BV dan PV bagi setiap produk dengan tepat, sila rujuk katalog produk. Selalunya, BV adalah juga 100 mengikut seperti harga pembelian tersebut dan PV pula dibahagikan 3.1 menjadikan jumlah PV anda adalah 32.

Contoh ->  CP: 130   DP: 100    BV: 100    PV: 32

Faktor pengiraan 3.1 itu ditetapkan oleh Amway dan anda hanya perlu merujuk katalog untuk memastikannya. Dalam keadaan atas, anda telah untung harga pembelian yang murah sebagai ahli kerana anda membeli pada harga DP dan bukannya harga CP. Beza CP dan DP adalah keuntungan anda. Ini keuntungan pertama iaittu keuntungan pembelian sebagai ahli!

networkingPembentukan Rangkaian

Seterusnya, katakan anda membina rangkaian anda dengan 10 ahli downline. Mereka juga melakukan pembelian yang sama. Ini bermakna, pembelian kumpulan termasuk anda adalah RM100 x 11 orang = RM1,100. Bagi kumpulan anda ini, BV adalah 1,100 iaitu melebihi BV 775 seperti yang terdapat dalam Jadual Bonus Pencapaian di atas. Maka, anda akan diberikan komisyen 3% dari BV 1,100 menyebabkan anda akan berpeluang dapat komisyen sebanyak 3/100 x RM1,100 = RM33. 

Untuk layak dapat RM33 itu, perhatikan pula PV. Jika jumlah keseluruhan PV kumpulan termasuk anda melebihi 250, maka anda layak dapat RM33 itu. Jika kita katakan contoh pembelian produk setiap 10 orang downline tersebut juga mempunyai nilai yang sama, maka PV keseluruhan adalah 32 x 11 = PV 352. Maka, anda layak menerima RM33 itu. Tahniah! Ini adalah keuntungan kedua iaitu keuntungan membina network!

Mudah nak dapat RM33 kan? Anda hanya dapatkan barang-barang harian biasa yang anda beli di hypermarket atau kedai-kedai biasa melalui  kedai-kedai Amway dan kawan-kawan anda pun lakukan perkara yang sama, anda akan dibayar RM33 pula.

Itu lah konsep pemasaran rangkaian. Anda dibayar bila anda rekomen produk syarikat kepada rakan-rakan.

Itu perkiraan mudah yang saya ambil. Apabila kumpulan bertambah, pembelian bertambah, maka pendapatan anda juga bertambah. Jika anda buka sahaja katalog produk Amway, anda akan dapat lihat bahawa produknya memang produk seharian! Jadi peluang buat duit dan menambahkan pendapatan memang terbuka luas.

Seterusnya, katakan 10 orang kumpulan anda melakukan seperti mana anda lakukan. Mereka menaja 10 orang lagi menjadikan jumlah keseluruhan kumpulan anda mempunyai 111 orang termasuk anda!

111 orang ini juga menggunakan produk bernilai RM100 sebulan menjadikan BV adalah RM100 x 111 orang = 11,100. Jika mengikut Jadual Bonus Pencapaian diatas,  anda dan kumpulan berpeluang dapat 12% dari 11,100 iaitu RM1,332. Ingat, anda kini perlu berikan 3% kepada setiap 10 orang ‘direct downline’ kerana pencapaian itu adalah hasil dari usaha kumpulan mereka. Jadi 10 orang downline akan dapat RM33 setiap orang menjadikan anda hanya menerima RM1,332 – (RM33x10 orang) = RM1,002 sahaja! Woww! Semua orang guna RM100 sebulan dan anda terima RM1,002 sebulan!

Setiap kiraan yang dilakukan adalah secara bulanan. Woww, ini boleh jadi pendapatan besar! Apakata kalau rangkaian berterusan? Woww Woww… 🙂

Pemjualan Peribadi

Seperkara lagi, perkiraan bisnes diatas tidak termasuk jika anda melakukan aktiviti menjual secara peribadi kepada pelanggan. Untungnya atau diskaun sebagai ahli adalah perbezaan antara CP dan DP. Anda beli pada harga DP yang lebih murah dan jual pada pelanggan pada harga CP yang lebih mahal. Anda mampu dapatkan keuntungan tunai lebih kurang 25%-30% lagi melalui setiap jualan! Inilah keuntungan ketiga iaitu keuntungan dari hasil jualan!

imagesItu dia 3 jenis keuntungan yang mampu anda nikmati sebagai Ahli Pengedar Amway. Pilih mana sahaja cara keuntungan yang anda ingini. Cara pertama, sebagai pengguna, cara kedua sebagai pembina rangkaian atau cara ketiga melalui jualan.

Bagi mereka yang tidak minat menjual atau tiada keupayaan melakukan jualan, saya cadangkan anda menggunakan cara membina rangkaian perniagaan. Mungkin anda tidak perlu menjual tetapi menjadi pengguna tegar dan bentuk rangkaian yang sama tegar dan mantap.

Okay, Saya juga nak memulakan pencarian 10 orang yang pertama. Saya akan ajarkan mereka segalanya yang saya tahu tentang selok-belok bisnes pemasaran rangkaian berdasarkan pengalaman saya sehingga ke cara-cara nak order barang secara online. Siapa yang berminat atau ingin tahu lebih lanjut, sila hubungi saya atau sms di 010-7962 696 atau email ratubuahdotcom@gmail.com … 🙂