Amway, MLM dan Syariah

Saya tertarik menulis perkara ini setelah diminta oleh Pengerusi sebuah syarikat berkaitan MLM untuk memberikan komen saya berhubung garis panduan syariah.

syariahTulisan ini merupakan pandangan peribadi saya. Ia bukanlah boleh dijadikan sandaran hukum kerana saya bukanlah ahlinya. Saya mengupas perkara ini berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemahaman yang diperolehi secara peribadi selaku pengamal bisnes ‘networking’ dan pengedar atau lebih dikenali sebagai Pemilik Perniagaan Bebas (IBO) Amway.

Pelan pemasaran rangkaian atau MLM sememangnya banyak digunapakai oleh syarikat Jualan Langsung termasuk Amway. Walaubagaimanapun, terlalu banyak syarikat telah menyalahgunakan konsep MLM ini sehingga menyebabkan nama buruk terpalit kepada industri ini. Samada setuju atau tidak, pemilik perniagaan bebas (IBO) Amway  perlu menghadapi persoalan ini yang akan ditanya oleh masyarakat terutamanya yang beragama Islam.

Sebagai sumber rujukan, saya telah menggunakan Garis Panduan “Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah” yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan setelah mereka bersidang pada 16-18 Jun 2011.

Banyak perkara penting tercatit dalam garis panduan tersebut namun saya ingin mengetengahkan beberapa perkara yang sering menjadi persoalan utama yang diajukan kepada saya.

Melalui salah satu muzakarah yang telah diadakan oleh Majis Fatwa tersebut, ia telah memutuskan bahawa:

Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam“.

Garis Panduan yang diperakui tersebut itu pula mengariskan 3 perkara besar berikut:

A.   PELAN PEMASARAN PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG

B.   KRITERIA PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKAT (MLM) YANG DIHARUSKAN OLEH ISLAM

C.  UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKAT (MLM)

Anda boleh mendapatkan salinan Garis Panduan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut yang diedarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sepanjang pengetahuan saya, perkara pokok yang menjadi isu bicara besar kepada masyarakat adalah definasi Skim Piramid dan Unsur-unsur Yang Dilarang  seperti di C diatas.

Pertama : Skim Piramid

Majlis Fatwa ada menyebut dengan jelas Skim Piramid dengan definasi seperti di bawah

““Skim piramid” bermaksud apa-apa skim, perkiraan, pelan, pengendalian atau proses berantai yang bonus atau faedah diperoleh semata-mata atau terutamanya daripada perekrutan atau pengambilan peserta ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding dengan jualan barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta “– (TAKRIF 7 (o) dalam Garis Panduan)

images (2)Definasi ini telah jelas untuk sebarang skim yang semata-mata asyik menaja orang sahaja tanpa mengambil kira produk, jualan barang atau perkhidmatan. Ia adalah dilarang.

Di Amway, perkara ini tidak langsung terjadi kerana ahli tidak mendapat sebarang bonus atau faedah hasil dari aktiviti penajaan orang baru. Cara menaja ahli baru di Amway adalah pengedar IBO membeli bag ‘Business Kit’ yang mengandungi pelbagai bahan bercetak, peraturan etika pengedar Amway beserta borang keahlian dengan harga RM90 dan memberikannya kepada ahli baru dengan pembayaran yuran keahlian RM90 juga. Tiada sebarang keuntungan penajaan diberikan oleh syarikat kepada penaja. Ahli baru tersebut juga dibenarkan untuk memulangkannya dan mendapatkan semula RM90 tersebut sekirannya `berubah fikiran dalam masa 3 bulan. Definasi Skim Piramid diatas nyata tidak terpakai untuk bisnes Amway.

Malangnya, definasi ini agak berkecamuk dalam fikiran masyarakat menyebabkan ramai menganggap bahawa sebarang aktiviti MLM dikatakan sebagai Skim Piramid. Akibatnya, banyak aktiviti MLM yang baik menjadi mangsa dicop sebagai Skim Piramid. Masyarakat sepatutnya mengambil sedikit masa untuk mengkaji banyak bahan-bahan penerbitan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tentang perkara ini.

Kedua : Unsur-Unsur Yang Dilarang Dalam Perniagaan Jualan Langsung Berbilang Tingkat (MLM).

Terdapat 6 perkara yang dibincangkan dan dijadikan garis panduan oleh Majlis Fatwa berkenaan unsur-unsur yang dilarang dalam perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) ini.

Walaubagaimana terdapat 2 perkara yang sering ditanya oleh orang ramai kepada saya. Dua perkara tersebut adalah perkara 1 (e) dan perkara (5) dalam senarai unsur-unsur yang dilarang oleh Majlis Fatwa Kebangsaan seperti yang terdapat dalam Garis Panduan tersebut.

Perkara 1 (e):

Pembelian wajib barang atau perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan dikenakan sebagai syarat untuk melayakkan seseorang mendapat bonus atau faedah ekonomi lain dalam skim terhadap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan ahli di bawahnya.”

Perkara tersebut banyak berlaku dan syarikat-syarikat MLM mempunyai sebab mereka tersendiri. Terpulang kepada tafsiran masing-masing. Walaubagaimana pun di Amway, apa yang mengejutkan saya adalah anda masih boleh dibayar walau pun anda tidak membeli barangan. Tiada sebarang syarat ‘maintain’ dikenakan untuk ahli pengedarnya menerima komisen. Amway mempunyai mekanisma tersendiri untuk membayar komisyen pengedarnya walaupun mereka tidak membeli barangan. Mantap!

Perkara (5) : Menjanjikan Keuntungan Tetap Tanpa Usaha

“Mana-mana syarikat jualan langsung yang menjanjikan keuntungan tetap kepada peserta melalui pemberian komisen/bonus tanpa sebarang usaha yang jelas meliputi aktiviti promosi dan penjualan barang atau perkhidmatan adalah bertentangan dengan hukum syarak kerana mengandungi unsur riba”

downloadMasyarakat menganggap skim sebegini seolah-olah duduk sahaja dapat duit. Teknik sebegini digambar oleh sesetengah ahli peserta program MLM untuk memancing peserta-peserta baru.

Realitinya, dalam setiap skim yang dihasilkan oleh mana-mana syarikat pemasaran rangkaian tulin, ia tetap memerlukan usaha. Saya rasa berbangga bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan berjaya merungkai perkara ini. Ia membezakan antara skim cepat kaya dan skim pemasaran rangkaian (MLM) yang tulin.

Sistem yang dihasilkan oleh syarikat adalah hanya alat atau sistem untuk memudahkan kejayaan peserta-pesertanya. Kemudahan operasi skim atau cara perjalanan sistem yang direka tidak bermakna semua orang akan berjaya tanpa berusaha. Sedikit atau banyaknya usaha peserta yang akan menentukan kejayaan kewangan mereka.

Bagi mereka yang mengusahakan program yang tulin sebegini, mereka akan tahu bahawa ia tidak semudah yang digambarkan. Membina rangkaian sehingga beribu-ribu orang ke aras yang terkebawah memerlukan usaha luarbiasa. Jika peserta tidak belajar, tidak kreatif membina rangkaian, mereka tidak akan mendapat pulangan yang lumayan.

Seperkara yang perlu diperhatikan bahawa kata-kata bahawa “siapa masuk dulu dia kaya” terpakai bagi syarikat yang diragui ketulinan sistemnya. Ini kerana bagi sesebuah syarikat MLM yang tulin, sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dia masuk hari ini. Orang baru (downline) sememangnya boleh mengatasi orang lama (upline) jika dia berusaha lebih.

Di Amway, unsur riba seperti mana yang dilarang tidak terdapat dalam sistemnya kerana ia tetap memerlukan usaha peserta. Janjinya sangat mudah, seberapa banyak kejayaan yang anda mahu segalanya bergantung kepada diri anda sendiri.

Sementara itu, banyak perkara-perkara lain dalam Garis Panduan adalah berbentuk teknikal yang mana ia diharuskan bagi menepati seruan syariah.

Ia adalah penting, namun boleh ia dilakukan secara berperingkat dan saya fikir masyarakat tidak mendesak tentang perkara ini jika syarikat sentiasa berusaha untuk memenuhinya dari masa ke semasa sebagai aktiviti penambahbaikan selaras syariah.

Dalam mendepani persoalan ini, apa yang penting adalah samada sesuatu program itu akan memudaratkan peserta atau memakmurkan mereka. Jika ia memudaratkan peserta maka ia sah dilarang dalam Islam.

Sebagai penutup, setelah bersama Amway saya mendapati beberapa fakta yang mengejutkan mengenai ketulinan perniagaan MLM Amway. Antaranya adalah seperti berikut:

1.  Lesen Akta Jualan Langsung (AJL) dilluluskan oleh pihak berkuasa untuk Amway adalah untuk selama 10 tahun berbanding syarikat lain yang 1, 3 hingga 5 tahun. Kerajaan amat mempercayai ketulinan bisnes Amway!

2. Saham syarikat Amway banyak dibeli dan dipegang oleh badan pelaburan kerajaan seperti KWSP, Tabung Haji dan lain-lain lagi. Jika anda mempunyai akaun di KWSP atau Tabung Haji, bermakna anda telah lama menerima faedah dari Amway!

3, Saham syarikat Amway di Bursa Malaysia adalah dikategorikan sebagai “Patuh Syariah”. Jelasnya ia tiada masalah hukum syariah.

Nak Jual Produk atau Peluang?

GBL_SAB_SUPPORT_IMG_1Ini soalan yang paling biasa dalam pemasaran rangkaian. Ada yang mengatakan adalah lebih baik mula dengan kenalkan produk sebab orang lebih percaya kepada produk. Ada juga yang mengatakan lebih baik kita buka peluang dahulu untuk bawa masuk pembina-pembina rangkaian.

Orang sertai MLM atas dua sebab iaitu produk dan peluang buat duit. Sememangnya benar bahawa anda boleh buat pendapatan 5, 6 dan 7 angka tetapi anda perlu merangka strategi yang membawa kepada kejayaan.

Terdapat banyak tip-tip kejayaan tetapi satu strategi penting adalah menentukan apa yang akan anda tawarkan kepada prospek – samada produk atau peluang. Kita semua tahu peluang yang akan membawa kejayaan kewangan tetapi jangan lupa sebab-sebab mengapa anda perlu tawarkan produk.

Produk adalah sebab utama kita dalam bisnes ini. Ia adalah sumber kepada pendapatan kita. Jika anda tidak percaya kepada produk maka anda tidak sepatutnya terlibat dengan perniagaan MLM tersebut. Jika anda tidak punya sebarang keterujaan terhadap produk dan apa kelebihannya kepada pelanggan dan pemilik perniagaan, maka anda tidak akan boleh membuatkan orang lain melihat kelebihannya.

Sebagai tambahan, apabila anda baru bermula dalam MLM, anda tiada pengalaman untuk bercakap tentang pendapatan kerana anda baru bermula. Tetapi, jika anda menawarkan produk, anda punya topik untuk bercakap sebab anda telah pun berpengalaman menggunakan produk tersebut.

Sebaliknya, apabila anda menawarkan produk, ia boleh diakhiri dengan peluang, maka anda akan dapat ‘close’ lebih banyak jualan dan membawa masuk ahli kumpulan baru. Ini kerana anda akan bercakap dengan orang yang lebih tahu  tentang produk tersebut dan jika mereka ‘passionate’ terhadap sesuatu produk maka mereka dengan cepat mengetahui lebih banyak orang yang akan berminat dengan produk tersebut dan perniagaannya. Mereka juga akan lebih bermotivasi untuk menjayakannya kerana ‘passion’ tersebut.

Memang terdapat mereka yang berjaya membina perniagaan berdasarkan peluang sahaja tetapi ia adalah kes-kes pengecualian. Walaubagaimana pun MLM adalah dibina berasaskan produk dan tanpa produk anda tiada perniagaan.

Bagi saya ia juga bergantung kepada keadaan. Anda hanya perlu tahu bila masa sesuai nak bercakap dengan prospek tentang produk dan bila masa pula sesuai nak bercakap tentang peluang.

Bagaimana nak tahu bila masa sesuai? Caranya adalah dengan mengenali mereka terlebih dahulu. Selalunya ia dilakukan sewaktu sesi pengenalan antara anda dan prospek. Sesi pengenalan sepatutnya merangkumi proses meneroka kehendak, keperluan dan impian prospek, samada beliau lebih perlukan produk atau lebih kepada peluang perniagaan.

Bina hubungan dengan prospek terlebih dahulu sebelum anda mencadangkan sesuatu samada produk atau peluang. Sebagai contoh, dalam sesi pengenalan anda boleh mengetahui samada prospek memerlukan produk untuk kesihatan mereka atau lebih memerlukan cara menambahkan ekonomi keluarga. Satu caranya adalah, anda perlu banyak bertanya soalan sewaktu sesi pengenalan.

Dengan mengetahui apa yang mereka mahukan, anda boleh membantu memberikan penyelesaian untuk masalah mereka. Dan dengan memberikan penyelesaian kepada masalah mereka, anda akan dilihat sebagai mempunyai kredibiliti tinggi. Ia akan memudahkan mereka membeli produk atau mengikut rangkaian anda. Ingat, orang akan membeli atau mengikut orang yang mereka kenal dan percayai.

Jadi, seperti anda perhatikan, jawapan sebenar kepada soalan samada anda perlu jual produk atau peluang terletak pada diri anda sendiri! Bina jenama diri anda sendiri sebagai seorang mengambil berat terhadap orang lain dan yang memberikan penyelesaian kepada masalah mereka.

Sejarah Perniagaan Pemasaran Rangkaian

Bagaimana Pemasaran Rangkaian (Network Marketing) bermula dan tumbuh untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pengusaha. ini adalah persoalan yang sangat menarik!!

Sebuah syarikat yang mencipta sesuatu produk perlu membuatkan produknya dikenali dan tersebar di pasaran dengan seluas-luasnya.

Organisasi jualan yang terdiri daripada tenaga penjual individu adalah tulang belakang kepada sesebuah perniagaan.

Untuk mengetahui sejarah industri ini, kita mesti melihat tempat asalnya perniagaan ini bermula iaitu Amerika Syarikat. Jumlah tenaga jurujual di Amerika Syarikat mulai tumbuh dengan pesat bermula pada akhir 1800-an.

1861:  1,000
1869:  50,000
1885:  100,000
1903:  300,000

1860 – Jurujual bergerak juga dikenali sebagai ‘canvassers’ dan penjaja. Terdapat sebilangan bekas jurujual ini yang telah membentuk organisasi-organisasi jualan yang terlatih. Kalau bukan kerana usaha mereka, banyak nama-nama syarikat yang kita semua kenal hari ini tidak ujud.

– Henry Heinz, seorang bekas jurujual, telah mencipta sebuah organisasi 400 orang jurujual untuk menjual pelbagai produk sayuran seperti kicap dan acar, kepada orang-orang yang tidak menanamnya sendiri.

– Asa Candler, juga seorang bekas jurujual, membina armada jualan untuk menjual sirap Coca-Cola ke restoran-restoran setelah membeli formulanya dari John Pemberton seorang ahli farmasi dengan harga USD2,300 pada tahun 1886.

Akibat dari organisasi-organisasi seperti ini, lahirnya idea untuk syarikat-syarikat membenarkan tenaga jurujual mereka untuk memiliki perniagaan mereka “sendiri”. 

1868 – JR Watkins mendirikan JR Watkins Medical Company, salah satu syarikat pertama Amerika yang membenarkan produk kesihatan semulajadinya dipasarkan oleh rakan niaganya terus kepada pengguna.

1890 – David McConnel memulakan syarikat California Perfume, yang berpusat di New York. Pada tahun 1906 ia mempunyai 10.000 wakil jualan menjual 117 produk yang berbeza. California Perfume menukar namanya menjadi Avon Products pada tahun 1937.

1905 – Alfred C. Fuller yang juga merupakan seorang bekas jurujual sangat mempengaruhi masa depan organisasi jualan. Fuller memulakan syarikat Fuller Brush Company dan menggaji 270 dealer di seluruh Amerika Syarikat untuk mengikuti rancangan perniagaannya yang berdasarkan kepada komisen sahaja. Pada tahun 1919, Fuller Brush Company telah membuat jualan sebanyak USD 1 juta; pada tahun 1960 pula adalah USD 109 juta.

1931 – Frank Stanley Beveridge adalah bekas naib presiden jualan untuk Fuller Brush Company. Dia dan Catherine L. O’Brien menubuhkan syarikat Stanley Home Products. Dipengaruhi oleh kesulitan ekonomi disebabkan oleh kegawatan ekonomi sewaktu zaman ‘Great Depression’, Frank dan Catherine membayangkan sebuah peluang bagi orang ramai untuk memulakan perniagaan mereka sendiri dengan pelaburan minimum, dengan menjual produk-produk seharian yang digunakan orang ramai. Visi ini jelas diambil dari Fuller Brush Company. Stanley Home Products menjual pembersih rumah, berus dan mob. Beberapa dealer Stanley mula memberikan demonstrasi untuk kelab-kelab dan organisasi berbanding kepada individu-individu untuk meningkatkan volume penjualan. Dealer-dealer Stanley dengan cepat menggunakan idea ini sebagai cara untuk memaksimumkan jualan. Dealer-dealer ini mengambil konsep “kelab dan organisasi”  ke rumah-rumah dengan cara pemilik rumah menjemput rakan-rakan dan keluarga untuk mendengar persembahan jualan … maka lahirlah “home party” (parti rumah).

Stanley Home Products menjadi tempat latihan bagi ramai pemimpin syarikat yang terkenal. Mary Kay Ash, pengasas Mary Kay Cosmetics; Brownie Wise dari Tupperware; Jan dan Frank Day, pengasas Jafra Kosmetik, dan Mary Crowley, pengasas Home Interiors telah menerima latihan awal dealer Stanley Home Products – sekali lagi dipacu oleh syarikat Fuller Brush.

1934 – Carl Rehnborg memulakan California Vitamin Corporation menjual apa yang kini dikenali sebagai suplemen vitamin. Pada tahun 1939 syarikat ini telah bertukar nama menjadi Nutrilite Products Company, Inc

1945 – Nutrilite telah menandatangani kontrak dengan Mytinger & Casselberry untuk melantik merekan menjadi pengedar ekslusif seluruh Amerika bagi produk-produk Nutrilite. Mytinger & Casselberry telah mencipta pelan imbuhan Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM) pertama yang didokumentasikan. Ia berbunyi seperti ini: Seorang pengedar Nutrilite membeli produk pada harga yang di diskaun sebanyak 35%. (Contoh: Pengedar A membeli sekotak vitamin pada harga sebanyak USD 13 dan kemudian menjualnya pada harga sebanyak USD 20 dengan keuntungan sebanyak USD7.00)

Untuk menggalakkan pengedar untuk menjual lebih banyak, Nutrilite membayar bonus bulanan tambahan sebanyak 25% dari jumlah keseluruhan jualan. 20 pelanggan x USD13.00 (nilai belian borong) = USD260 x 25% = keuntungan USD65,00.

Setelah pengedar membuktikan bahawa dia boleh mendapatkan 25 pelanggan, dia akan dibenarkan untuk menjadi pengedar LANGSUNG – yang bererti bahawa dia boleh mencari orang lain yang ingin menjual produk Nutrilite dan kemudian mereka akan membeli produk mereka dari dia. Inti patinya, apabila dia berjaya membuktikan bahawa dia boleh mendapatkan pelanggan-pelanggan, dia akan dinaikkan pangkat dan dibenarkan untuk mencari pengedar lain dan melatih mereka untuk mendapatkan pelanggan. Sebagai insentif untuk melatih pengedarnya dengan baik, apabila dia dan pengedar-pengedarnya mengumpulkan 150 pelanggan, maka dia akan menerima tambahan 2% dari jumlah keseluruhan jualan.

Ini bukan piramid – itu adalah sistem kuota berasaskan pengurusan. Mereka yang menjual paling banyak vitamin akan mendapat insentif yang lebih tinggi daripada mereka yang menjual sedikit. Pelan Imbuhan MLM ini hanyalah satu pembaharuan dari ganjaran pengeluaran Fuller Brush Company. Dengan Pemasaran Rangkaian (Network Marketing), syarikat dapat memotivasi jurujualnya untuk tidak hanya menjual lebih banyak produk, tetapi juga untuk melatih orang lain untuk menjual lebih banyak produk.

1945 – Earl Tupper mencipta sebuah bekas plastik yang ringan, fleksibel dan dengan penutup ketat. Dia mula menjual produk-produknya melalui kedai-kedai runcit konvensional, tetapi dia menyedari produknya memerlukan demonstrasi. Earl Tupper kemudiannya bekerjasama dengan Brownie Wise (dahulunya dengan Stanley Home Products) melancarkan Pelan Parti Tupperware. Sekarang, ia adalah syarikat bilion dollar bertaraf dunia yang beroperasi di 40 buah negara.

1949 – Rich Devos dan Jay Van Andel (teman sewaktu sekolah tinggi dan rakan perniagaan) kembali dari perkhimatan tentera dan menjadi pengedar untuk vitamin suplemen Nutrilite pada tahun 1950. Setelah berlaku dilema singkat dengan Nutrilite pada tahun 1959, kedua-duanya meninggalkan Nutrilite dan membentuk syarikat Amway Corporation. Pada tahun 1972 Amway Corporation membeli Nutrilite.

1956 – Dr Forrest Shaklee mengembangkan kaedah ekstraksi mineral dari sayur-sayuran dan telah menggunakan Pemasaran Rangkaian untuk mengedar produk-produknya.

1963 – Mary Kay Ash mencipta Mary Kay Cosmetics. Pada tahun 1996, jualan syarikat adalah lebih daripada 2 bilion dolar setahun.

1975 – FTC (Federal Trade Commission) telah mengemukakan saman terhadap Amway Corporation kerana didakwa mengendalikan sebuah skim piramid.

1979 – Seorang hakim telah memutuskan bahawa program pemasaran multi level Amway adalah sebuah peluang perniagaan yang sah, dan bukannya sebuah skim piramid.

.

Salam Dari ADMIN

Semalam pada tanggal 12hb  Jun 2013, saya menyertai AMWAY.

Saya kenal Amway sejak berumur 15 tahun. Pernah melihat Pak Cik saya asyik menjual Amway kepada ibu saya. Kasihan melihat ibu yang tidak tau bagaimana mahu menolak penjualan Pak Cik. Ibu saya tidak berwang, orang susah. Nak membeli pun payah, ini kan pula mahu turut serta jadi penjual dan pengedar Amway. Tambahan lagi, nak membaca pun dia tak tahu. Dia buta huruf. Akhirnya Pak Cik saya itu ‘gives up.’ Itu pengalaman saya di tahun 1979.

Saya kenal pemasaran rangkaian secara tidak sengaja pada 2009. Oleh kerana ada masalah kesihatan saya terbeli jus minuman kesihatan sebuah syarikat jualan langsung antarabangsa ternama (Top 50) yang berpengkalan di USA.

Apabila saya telah terpikat dengan produknya, saya turut serta jadi pengedar syarikat tersebut agar dapat membeli jus minumannya pada harga lebih murah disamping mempelajari ilmu networking yang agak asing bagi saya.

Untuk belajar perniagaan ini, saya hanya menggunakan internet, ikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh syarikat dan buat penjualan secara kecil-kecilan kepada sahabat-sahabat dan sedikit pemasaran secara online . Alhamdulillah, sehingga kini saya mempunyai lebih 250 orang ahli dalam rangkaian saya di syarikat tersebut.

Bisnes itu masih berterusan, cuma saya tidak servis secara serius kerana tujuan saya adalah untuk mencari pengalaman dan mempelajari selok belok bisnes ini disamping dapat minum percuma. Pada waktu itu juga saya masih menguruskan syarikat saya sendiri.

Pada 2011, saya diperkenalkan pula dengan satu program referral oleh sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka Malaysia. Walaupun ia bukan perniagaan ‘MLM tulin’ tetapi ia mempunyai ciri-ciri asas yang sesuai dalam pembinaan rangkaian kerana produk prepaidnya hanya ‘dijual’ sekali sahaja dan ia akan digunakan seharian oleh pengguna untuk selama-lamanya. Sekali lagi saya tertarik!

Oleh kerana untung program referral tersebut adalah agak kecil dan tak berbaloi jika saya keluar berjumpa ‘prospect’, maka saya buat program ini secara online.  Cita-cita saya sewaktu bermula adalah untuk mempunyai lebih 10,000 ahli pada Jun 2014 iaitu setelah 3 tahun saya mempromosi program ini. Alhamdulillah, sehingga kini, saya telah mempunyai lebih 5,000 ahli dibawah kumpulan saya. Saya nampak sasaran 3 tahun saya akan tercapai. Insyaallah! Pendapatan pun dah 4 digit setiap bulan. Insyaallah, saya akan teruskan kerana ia agak mudah dan berjaya bagi saya. 🙂

Sepanjang saya berkecimpung dalam industri ini sejak 2009, ramai lah orang yang datang memperkenalkan peluang bisnes mereka kepada saya. Mereka selalunya menjemput saya ke mesyuarat-mesyuarat rasmi syarikat atau membentangkan terus kepada saya. Pernah juga ada leader yang ‘turun’ dari Indonesia datang berjumpa saya untuk menawarkan peluang syarikatnya.

Jarang saya tolak apabila mereka meminta masa untuk membentangkan tawaran peluang mereka, tetapi saya bukan lah orang yang suka buat sesuatu tanpa usul periksa. Setelah mendengar pembentangan, semua peluang mereka saya tolak dengan baik.

amwayBerbalik kepada AMWAY. Sepanjang saya berkecimpung dalam bidang ini, satu perkara yang saya kagum tentang syarikat Amway adalah  nama Amway sentiasa disebut orang terutama dari mulut leader-leader yang datang mempelawa saya. Memang banyak komplen mereka, tapi biasalah kalau dah pesaing, mesti mereka nak ‘jatuhkan’. Amway ni dah jadi macam ‘benchmark’ atau ‘punchback’ pulak.

Semalam, selepas membeli jus minuman kesihatan yang saya sebut diatas, saya berkesempatan makan tengahari di pejabat Amway kerana menemani kawan ahli Amway pergi membeli produk dan saya sempat berjalan dalam Hall Of Fame yang menunjukkan kepelbagaian produknya.

Kawan saya itu dah 3 kali keluar masuk jadi ahli Amway.  Katanya, dia tak pernah menaja orang sejak bertahun-tahun jadi ahli, tapi asyik beli produknya sahaja kerana beliau memang pengguna tegar Amway. Sedang kami makan, saya minta borang jadi ahli daripadanya. Dia tergamam. Kelam kabut dia jadinya. Hehe… 🙂

Nak jadi ahli Amway, murah sahaja rupanya – hanya RM90 . Dapat brosur dan bahan bercetak bersama 1 beg bimbit. Tak perlu beli apa-apa lagi. Blla dah bersedia baru beli produknya. Ada Money Back Guarantee pulak tu.

Sebagai ahli Amway, kita juga digelar pengedar Amway. Namun gelaran yang paling diiktiraf syarikat adalah Pemilik Perniagaan Bebas atau Independant Business Owner (IBO). Ini kerana selaku ahli, kita juga boleh membina perniagaannya mengikut kemampuan diri.

Kenapa saya jadi ahli?

Pada waktu makan bersama rakan di Amway, terdetik dihati saya bahawa saya telah pun mempelajari bisnes pemasaran rangkaian (MLM) sejak 2009 secara sambilan di syarikat jualan langsung antarabangsa dan secara aktif pula mempromosi program referral (Bukan MLM tulin) syarikat telekomunikasi tempatan secara online.

Apa kata pula saya cabar keupayaan diri saya di sebuah syarikat gergasi MLM yang terhebat, nombor satu dan tertua di dunia ini? Tambahan lagi, saya lihat produknya adalah produk kegunaan ramai.

Tertanya-tanya di hati saya apa yang menyebabkan AMWAY ini terlalu istimewa, walau sudah 54 tahun ia masih mampu bertahan dan sehingga kini masih ramai yang menyertainya. Cabaran itu buat hati saya tergerak untuk turut serta dan mencabar sepenuhnya potensi diri.

Okay, itu cerita tentang diri saya buat masa ini. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau turut serta dalam Amway atau bersama-sama saya meneroka potensi diri untuk membina rangkaian perniagaan dalam Amway, anda boleh hubungi saya seperti di maklumat bawah. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu anda.

admin1

Kamaruzaman Zainal (KZ)

Mobile : 010-7962 696

Email: ratubuahdotcom@gmail.com

Tarikh: Khamis, 13 Jun 2013