Genap Sebulan Dengan Amway

downloadAlhamdulillah, semalam 13 Julai 2013, genap sebulan saya menyertai Amway sebagai pemilik perniagaan bebas (IBO).

Sibuk juga saya mempelajari bisnes ini. Setiap Isnin saya akan pastikan berada dalam mesyuarat mingguan kumpulan saya di Petaling Jaya. Agak jauh juga dari rumah, tapi saya tahu ia amat penting untuk membangunkan bisnes ini.

Mesyuarat sebegini memang ramai yang ponteng, tapi percayalah bahawa mesyuarat sebegini yang akan membawa kepada kejayaan. Mesyuarat ini adalah salah satu kerja asas yang mesti dilakukan untuk mencapai kejayaan. Hanya 1 kali seminggu selama 2 jam bukanlah berat sangat.

Memang telah jadi prosedur diri saya bahawa apabila buat bisnes pemasaran rangkaian, mesyuarat ini adalah wajib dihadiri. Semua 100% mereka yang telah berjaya dalam bisnes ini hadir dalam mesyuarat sebegini sejak awal penyertaan mereka lagi.

Seterusnya saya ikuti pula kursus latihan kumpulan yang dibuat pada hari Ahad. Kursus pertama yang diikuti adalah ‘New Distributor Orientation’ (NDO). Ia kursus latihan bagi pemilik-pemilik perniagaan baru. Banyak juga yang didedahkan tentang Amway. Ini menyebabkan pemahaman saya tentang asas perniagaan Amway bertambah baik.

Balik kerumah, sibuk pula membuat slide untuk persembahan kepada bakal-bakal pemilik perniagaan baru bawah kumpulan saya. Saya buat persembahan slide dalam Bahasa Malaysia kerana kumpulan yang saya sertai banyak menggunakan Bahasa Mandarin. Hampir 3 minggu juga nak menyiapkannya, tetapi akhirnya ia siap. Mantap!

Selepas ini makin mudah lah saya bercerita dengan prospek tentang perniagaan Amway. Selain itu,  saya juga memberikan salinan kepada pemilik-pemilik perniagaan baru dalam kumpulan saya agar mereka juga punya bahan bercerita.

Setelah genap 1 bulan menyertai Amway, kejayaan terbesar saya adalah telah mempunyai 5 orang pemilik perniagaan (IBO) baru yang menyertai kumpulan saya. Alhamdulillah. Tambah menarik, saya juga telah berjaya mencatat Bonus Pencapaian 3% lantaran bakal menerima bonus pertama pada 15 hb ini. Yesss!

Alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang saya rancang. Mudah-mudahan kejayaan akan terus tercipta untuk diri saya. TQ

Leave a comment