Visi dan 4 Prinsip Asas Amway Mantap

?????????????????????????54 tahun Amway bertahan dan berkembang maju di serata pelusuk dunia. Pelbagai cabaran yang mereka hadapi tetapi Amway kekal utuh dan sentiasa menduduki senarai teratas syarikat jualan langsung dunia.

Saya amat tertarik dengan Visi dan 4 Prinsip Asas (Fundamentals) yang telah dilakarkan oleh 2 pengasas syarikat sewaktu awal penubuhannya 54 tahun dahulu. Apa yang saya perhatikan adalah Visi dan Prinsip Asas syarikat Amway sangat berkait rapat dengan budaya hidup setiap manusia tak kira di mana mereka berada.

Pengasas Rich DeVos dan Jay Van Andel adalah merupakan dua orang sahabat baik dari zaman persekolahan sehingga mereka bersama-sama meneroka menjadi agen pengedar sebuah syarikat produk kesihatan Nutrilite di USA pada 1949 dan akhirnya bersama-sama pula menubuhkan syarikat Amway pada 1959.

Melalui pengalaman sebagai pengedar, mereka amat memahami kehendak setiap pengedar yang inginkan kebebasan untuk memiliki sebuah perniagaan sendiri dan mengecapi nikmat kehidupan yang lebih baik. Lantas apabila Amway ditubuhkan, visi dan prinsip asas (fundamental) perniagaan Amway melambangkan segalanya itu.

Apakah Visinya?

OMG-youre-gonna-fall1Visi Amway amat mudah – “Helping People Live Better Lives”. Mereka bekerja setiap hari untuk Membantu Insan Mendapat Kehidupan Yang Lebih Baik. Visi itu dicapai dengan cara membantu insan lain meneroka potensi diri untuk mencapai matlamat mereka melalui penawaran produk yang lebih baik dan peluang masa depan dan seterusnya mereka akan berkongsi dengan masyarakat dunia.

Jika diperhatikan, ini bermakna Amway hanya mempunyai satu perniagaan sahaja iaitu perniagaan untuk membuatkan kehidupan seseorang itu menjadi lebih baik!

Apakah pula 4 prinsip asas Amway?

Our-Values_SIP_Banner_390x290---VALUESPrinsip Asas Amway atau apa yang dipanggil Founder’s Fundamental adalah terangkum pada 4 perkara iaitu Kebebasan, Keluarga, Harapan dan Ganjaran (Freedom, Family, Hope and Reward). Keempat-empat perkara tersebut bukan sahaja setakat prinsip asas organisasi malah asas inspirasi dan asas motivasi yang telah diletakkan oleh dua orang pengasas tersebut.

KEBEBASAN – Kebebasan adalah keadaan semulajadi dalam diri setiap insan, Ia adalah satu keadaan yang sangat kondusif untuk seseorang itu hidup, bekerja, mencapai sesuatu dan memajukan diri. Kedua-dua pengasas percaya bahawa kebebasan peribadi dan kebebasan ekonomi berjalan seiringan. Dengan Amway, anda mempunyai kebebasan untuk mengubah hidup anda dengan memiliki perniagaan sendiri.

KELUARGA – Keluarga adalah struktur sosial utama kehidupan kita. Keluarga adalah tempat kita mendapatkan kasih sayang, pembentukan sahsiah, pewarisan dan keturunan. Kita semua memerlukan keluarga untuk menyokong kita. Sebagai ahli keluarga Amway global, kita perlu menghormati dan menjaga satu sama lain untuk memupuk kejayaan bersama.

HARAPAN – Harapan memberikan kita kuasa untuk mentransformasikan kehidupan menjadi lebih positif. Tanpa harapan hidup tidak bermakna. Di Amway, mereka memberi inspirasi kepada anda untuk membina impian hidup yang lebih besar. Amway mewujudkan persekitaran di mana harapan boleh bersemarak.

GANJARAN –  Ganjaran melibatkan perbuatan bersama untuk memberi dan menerima. Ganjaran membantu kita untuk memajukan diri samada kita memberi atau menerimanya. Kebahagiaan yang terbaik adalah apabila sesuatu kejayaan diperolehi melalui usaha kita. Amway memberi ganjaran untuk apa yang anda capai dan juga apa yang anda bantu insan lain mencapainya.

Prinsip-prinsip asas ini diterjemahkan oleh Amway dengan penyataan berikut:

Amway akan sentiasa menyokong asas kebebasan setiap orang untuk menentukan masa depan mereka, dengan membenarkan mereka menggunakan masa dan sumber-sumber kami untuk melindungi dan membina keluarga mereka. Amway akan sentiasa menawarkan harapan kepada setiap individu dan peluang untuk menerima ganjaran mengikut usaha mereka.

Selama lebih 54 tahun, Amway terus membina nilai-nilai dan prinsip-prinsip asal yang diwujudkan oleh pengasas mereka untuk memastikan semangat untuk berniaga terus membara.

Sesebuah organisasi atau perniagaan mestilah mempunyai visi dan misi yang mantap demi kelangsungan perniagaan mereka. Ia tidak semestinya berorientasikan kewangan semata-mata. Ia merupakan inti pati kepada arah tuju dan corak budaya yang mesti disemai dalam keseluruhan anggota organisasi.

Visi dan 4 prinsip asas yang telah dilakarkan oleh kedua-dua pengasas tersebut adalah sangat universal dan merentas waktu (timeless) dari dulu sehingga kini dan di masa hadapan. Kini, budaya ini diteruskan oleh kedua-dua anak pengasas tersebut.

Saya sendiri medapati visi dan prinsip asas Amway sunggoh padu dan tepat kepada norma-norma kehidupan setiap insan. Setiap insan perlu punya harapan, dan sebagai ahli Amway anda perlu membantu mereka merealisasikan harapan tersebut demi kehidupan yang lebih baik. Agar impian mereka menjadi kenyataan. Bak kata pengasasnya Rich DeVos – “We sell HOPE not SOAP”

Video Prinsip Asas Amway oleh Pengasasnya Rich Devos dan Jay Van Andel

Video legasi prinsip asas Amway diteruskan oleh anak-anak mereka

Leave a comment