Nak Jual Produk atau Peluang?

GBL_SAB_SUPPORT_IMG_1Ini soalan yang paling biasa dalam pemasaran rangkaian. Ada yang mengatakan adalah lebih baik mula dengan kenalkan produk sebab orang lebih percaya kepada produk. Ada juga yang mengatakan lebih baik kita buka peluang dahulu untuk bawa masuk pembina-pembina rangkaian.

Orang sertai MLM atas dua sebab iaitu produk dan peluang buat duit. Sememangnya benar bahawa anda boleh buat pendapatan 5, 6 dan 7 angka tetapi anda perlu merangka strategi yang membawa kepada kejayaan.

Terdapat banyak tip-tip kejayaan tetapi satu strategi penting adalah menentukan apa yang akan anda tawarkan kepada prospek – samada produk atau peluang. Kita semua tahu peluang yang akan membawa kejayaan kewangan tetapi jangan lupa sebab-sebab mengapa anda perlu tawarkan produk.

Produk adalah sebab utama kita dalam bisnes ini. Ia adalah sumber kepada pendapatan kita. Jika anda tidak percaya kepada produk maka anda tidak sepatutnya terlibat dengan perniagaan MLM tersebut. Jika anda tidak punya sebarang keterujaan terhadap produk dan apa kelebihannya kepada pelanggan dan pemilik perniagaan, maka anda tidak akan boleh membuatkan orang lain melihat kelebihannya.

Sebagai tambahan, apabila anda baru bermula dalam MLM, anda tiada pengalaman untuk bercakap tentang pendapatan kerana anda baru bermula. Tetapi, jika anda menawarkan produk, anda punya topik untuk bercakap sebab anda telah pun berpengalaman menggunakan produk tersebut.

Sebaliknya, apabila anda menawarkan produk, ia boleh diakhiri dengan peluang, maka anda akan dapat ‘close’ lebih banyak jualan dan membawa masuk ahli kumpulan baru. Ini kerana anda akan bercakap dengan orang yang lebih tahu  tentang produk tersebut dan jika mereka ‘passionate’ terhadap sesuatu produk maka mereka dengan cepat mengetahui lebih banyak orang yang akan berminat dengan produk tersebut dan perniagaannya. Mereka juga akan lebih bermotivasi untuk menjayakannya kerana ‘passion’ tersebut.

Memang terdapat mereka yang berjaya membina perniagaan berdasarkan peluang sahaja tetapi ia adalah kes-kes pengecualian. Walaubagaimana pun MLM adalah dibina berasaskan produk dan tanpa produk anda tiada perniagaan.

Bagi saya ia juga bergantung kepada keadaan. Anda hanya perlu tahu bila masa sesuai nak bercakap dengan prospek tentang produk dan bila masa pula sesuai nak bercakap tentang peluang.

Bagaimana nak tahu bila masa sesuai? Caranya adalah dengan mengenali mereka terlebih dahulu. Selalunya ia dilakukan sewaktu sesi pengenalan antara anda dan prospek. Sesi pengenalan sepatutnya merangkumi proses meneroka kehendak, keperluan dan impian prospek, samada beliau lebih perlukan produk atau lebih kepada peluang perniagaan.

Bina hubungan dengan prospek terlebih dahulu sebelum anda mencadangkan sesuatu samada produk atau peluang. Sebagai contoh, dalam sesi pengenalan anda boleh mengetahui samada prospek memerlukan produk untuk kesihatan mereka atau lebih memerlukan cara menambahkan ekonomi keluarga. Satu caranya adalah, anda perlu banyak bertanya soalan sewaktu sesi pengenalan.

Dengan mengetahui apa yang mereka mahukan, anda boleh membantu memberikan penyelesaian untuk masalah mereka. Dan dengan memberikan penyelesaian kepada masalah mereka, anda akan dilihat sebagai mempunyai kredibiliti tinggi. Ia akan memudahkan mereka membeli produk atau mengikut rangkaian anda. Ingat, orang akan membeli atau mengikut orang yang mereka kenal dan percayai.

Jadi, seperti anda perhatikan, jawapan sebenar kepada soalan samada anda perlu jual produk atau peluang terletak pada diri anda sendiri! Bina jenama diri anda sendiri sebagai seorang mengambil berat terhadap orang lain dan yang memberikan penyelesaian kepada masalah mereka.

Leave a comment