Ringkasan Fakta Amway 2012

Pada 2012, setelah 53 tahun, Amway tegak berdiri bahkan semakin maju di arena Jualan Langsung Dunia.

  • Jualan Sedunia adalah USD$11.3 Billion, meletakkan Amway No #1 Di dunia Jualan Langsung.
  • Jualan Sentiasa Meningkat Sepanjang 10 Tahun Lepas
  • Kesemua 10  Pasaran Dunia Terbaiknya Meningkat
  • Pembayaran USD$3.5 Billion Bonus dan Insentif
  • 55,264 Layak Pin Baru
  • 18,982 Platinum Ke atas Yang Baru
  • 53,200 Layak Trip Insentif
  • 2.5 Million Jam Kerja Sukarela
  • Lebih Dari USD$166 Million Derma Kebajikan
  • Nutrilite Kekal Sebagai Jenama Vitamin dan Pemakanan Tambahan No #1 Dunia
  • Artistry Adalah Antara Jenama Produk Premium Penjagaan kulit Top 5 Dunia.
  • eSpring Adalah Jenama Jualan No #1 Dunia Dalam Sistem Perawatan Air Rumah
  • Atmosphere Adalah Jenama Jualan No #1 Sistem Perawatan Udara Rumah
  • Lebih 21,000 Kakitangan di Seluruh Dunia
  • Mempunyai Lebih Dari 1,000 Patents Produk dan 800 Dalam Proses
  • Lebih Dari 900 Saintis dan Jurutera Teknikal
  • 65 Makmal R&D
  • Amway Bayar Lebih Bonus dan Insentif Tunai Kepada Pengedarnya Sedunia Berbanding dengan Mana-mana Syarikat Jualan Langsung Dunia Yang Lain
  • Lebih Ramai Orang Yang Menghidupkan Semula Lesen Bisnes Amway Mereka Berbanding Dengan Mana-mana Syarikat Jualan Langsung Di Dunia

Jelas Amway bukan skim cepat kaya atau skim piramid yang tumbuh agak melata, hanya membuat orang merintih keluar air mata.. 🙂

Amway adalah peluang untuk anda mengubah kehidupan anda,

Nak Jual Produk atau Peluang?

GBL_SAB_SUPPORT_IMG_1Ini soalan yang paling biasa dalam pemasaran rangkaian. Ada yang mengatakan adalah lebih baik mula dengan kenalkan produk sebab orang lebih percaya kepada produk. Ada juga yang mengatakan lebih baik kita buka peluang dahulu untuk bawa masuk pembina-pembina rangkaian.

Orang sertai MLM atas dua sebab iaitu produk dan peluang buat duit. Sememangnya benar bahawa anda boleh buat pendapatan 5, 6 dan 7 angka tetapi anda perlu merangka strategi yang membawa kepada kejayaan.

Terdapat banyak tip-tip kejayaan tetapi satu strategi penting adalah menentukan apa yang akan anda tawarkan kepada prospek – samada produk atau peluang. Kita semua tahu peluang yang akan membawa kejayaan kewangan tetapi jangan lupa sebab-sebab mengapa anda perlu tawarkan produk.

Produk adalah sebab utama kita dalam bisnes ini. Ia adalah sumber kepada pendapatan kita. Jika anda tidak percaya kepada produk maka anda tidak sepatutnya terlibat dengan perniagaan MLM tersebut. Jika anda tidak punya sebarang keterujaan terhadap produk dan apa kelebihannya kepada pelanggan dan pemilik perniagaan, maka anda tidak akan boleh membuatkan orang lain melihat kelebihannya.

Sebagai tambahan, apabila anda baru bermula dalam MLM, anda tiada pengalaman untuk bercakap tentang pendapatan kerana anda baru bermula. Tetapi, jika anda menawarkan produk, anda punya topik untuk bercakap sebab anda telah pun berpengalaman menggunakan produk tersebut.

Sebaliknya, apabila anda menawarkan produk, ia boleh diakhiri dengan peluang, maka anda akan dapat ‘close’ lebih banyak jualan dan membawa masuk ahli kumpulan baru. Ini kerana anda akan bercakap dengan orang yang lebih tahu  tentang produk tersebut dan jika mereka ‘passionate’ terhadap sesuatu produk maka mereka dengan cepat mengetahui lebih banyak orang yang akan berminat dengan produk tersebut dan perniagaannya. Mereka juga akan lebih bermotivasi untuk menjayakannya kerana ‘passion’ tersebut.

Memang terdapat mereka yang berjaya membina perniagaan berdasarkan peluang sahaja tetapi ia adalah kes-kes pengecualian. Walaubagaimana pun MLM adalah dibina berasaskan produk dan tanpa produk anda tiada perniagaan.

Bagi saya ia juga bergantung kepada keadaan. Anda hanya perlu tahu bila masa sesuai nak bercakap dengan prospek tentang produk dan bila masa pula sesuai nak bercakap tentang peluang.

Bagaimana nak tahu bila masa sesuai? Caranya adalah dengan mengenali mereka terlebih dahulu. Selalunya ia dilakukan sewaktu sesi pengenalan antara anda dan prospek. Sesi pengenalan sepatutnya merangkumi proses meneroka kehendak, keperluan dan impian prospek, samada beliau lebih perlukan produk atau lebih kepada peluang perniagaan.

Bina hubungan dengan prospek terlebih dahulu sebelum anda mencadangkan sesuatu samada produk atau peluang. Sebagai contoh, dalam sesi pengenalan anda boleh mengetahui samada prospek memerlukan produk untuk kesihatan mereka atau lebih memerlukan cara menambahkan ekonomi keluarga. Satu caranya adalah, anda perlu banyak bertanya soalan sewaktu sesi pengenalan.

Dengan mengetahui apa yang mereka mahukan, anda boleh membantu memberikan penyelesaian untuk masalah mereka. Dan dengan memberikan penyelesaian kepada masalah mereka, anda akan dilihat sebagai mempunyai kredibiliti tinggi. Ia akan memudahkan mereka membeli produk atau mengikut rangkaian anda. Ingat, orang akan membeli atau mengikut orang yang mereka kenal dan percayai.

Jadi, seperti anda perhatikan, jawapan sebenar kepada soalan samada anda perlu jual produk atau peluang terletak pada diri anda sendiri! Bina jenama diri anda sendiri sebagai seorang mengambil berat terhadap orang lain dan yang memberikan penyelesaian kepada masalah mereka.

Kerjaya Dengan Perniagaan Amway

amwayPagi ini seorang rakan melawat saya. Sewaktu bersembang, beliau bercerita tentang anak lelakinya yang telah berumur 25 tahun tetapi tidak berbuat apa-apa untuk masa depannya. Sebagai seorang ayah, dia kelihatan tersangat risau.

Saya pasti masalah ini dihadapi oleh ramai orang. Apa yang saya perhatikan, ramai anggota masyarakat terlalu taksub bahawa seorang anak perlu mencari pekerjaan tetap yang mereka definasikan sebagai makan gaji dengan orang atau organisasi. Lebih mantap organisasi, lebih banggalah si bapa.

Telah dinyatakan dalam agama bahawa 9 dari 10 punca rezeki datangnya dari perniagaan. Dengan demikian anak-anak perlu di buka minda mereka tentang perniagaan seluas-luasnya.

Menuntut ilmu adalah wajib dalam perniagaan. Seharusnya juga anak-anak ini di ajar ilmu perniagaan. Saya sendiri meninggalkan kerusi empuk bergaji 5 angka sebulan hanya kerana minat yang mendalam dan ingin menceburi dunia perniagaan.

Secara umumnya segala urusan perniagaan bermula dengan mempromosi dan menjual produk. Ilmu menjual ada secara semulajadi dalam setiap individu cumanya ia perlu diasah mengikut kesesuaian agar ia lebih mantap.

Satu cabang mudah untuk mempelajari ilmu perniagaan adalah melalui Jualan Langsung. Ia adalah tempat paling sesuai kerana segala-gala perkara berkaitan produk, latihan, sokongan dan ganjaran telah siap tersedia.

GBL_SAB_SUPPORT_IMG_4Perniagaan seperti Amway meningkat nilainya mengikut masa, bergantung kepada usaha dan komitmen yang seseorang itu berikan. Menariknya, syarikat membenarkan anda memiliki perniagaan tersebut dengan cara menyediakan ganjaran yang luarbiasa sehingga ke peringkat yang ia boleh diwariskan kepada keluarga.

Ini bermakna pemilikan keuntungan perniagaan tersebut adalah hak anda dan berterusan sehingga anda tiada lagi. Sebab itu, apabila memilih syarikat jualan langsung, anda perlu berhati-hati agar ia berbaloi dan tidak sia-sia kemudian hari.

Selain itu, kosnya murah (RM90) untuk memulakannya dan risikonya adalah rendah kerana anda tidak perlu mempunyai stok yang perlu disimpan. Kedai Amway terdapat di serata negeri dari Alor Setar hingga ke Sabah yang membolehkan stok di dapati dengan mudah.

Ganjaran kewangan pula berperingkat-peringkat mengikut prestasi anda. Terdapat lebih 10 cara untuk anda mendapat keuntungan. Segalanya terdapat dalam pelan pemasaran nya yang mudah dan tidak ‘menekan’ anda.

Jika anda ingin meluaskan perniagaan ini ke peringkat antarabangsa juga tiada halangan, Amway terdapat di lebih 80 negara di dunia. Anda hanya perlu buka cawangan baru di negara tersebut dengan menaja rakyat negara tersebut.

Perniagaan ini juga adalah trend semasa dalam perniagaan. Seramai tiga puluh juta orang di seluruh dunia terbabit dalam jualan langsung, sebuah industri yang bernilai $82 bilion. Apabila orang menjadi lebih sibuk, mereka mencari cara untuk menjimatkan masa melakukan tugas rutin, seperti membeli-belah untuk keperluan setiap hari.

Jualan langsung memenuhi keperluan ini dengan baik, kerana produk Amway boleh dihantar ke pintu mereka. Selain itu, Amway adalah satu daripada syarikat jualan langsung yang terbesar di dunia dan mempunyai sejarah kejayaan selama lebih 54 tahun.

Kepelabagaian produk yang terdapat dalam Amway juga boleh membantu anda mencari ramai jenis pelanggan. Terdapat makanan nutrisi  untuk mereka yang mementingkan kesihatan, terdapat produk kecantikan untuk wanita, alat-alat penjagaan rumah dari bahan pencuci hingga ke alat teknologi tinggi seperi penulin air dan penulin udara. Pelbagai jenis makanan sehingga untuk kegunaan jamuan Hari Raya juga ada disediakan.

Peluang kejayaan adalah sama rata. Tidak kira samada anda ada sijil atau ijazah atau setakat sekolah rendah, tua atau muda, peluang untuk berjaya adalah sama rata bergantung kepada usaha dan komitment yang diberikan.

Untuk berjaya, anda perlu menjadi contoh pengguna yang baik dan sentiasa mahu maju dengan menghadiri setiap mesyuarat atau latihan kepimpinan yang disediakan agar anda mempunyai ilmu dalam perniagaan ini.

Rakan-rakan peniaga yang lain sentiasa boleh membantu anda.

Bagi mereka yang ingin mempelajari lebih tentang Amway dan bagaimana kerjaya dengan Amway berfungsi, anda boleh sms saya minta dihubungi di 010 796 2696.

 

Sejarah Perniagaan Pemasaran Rangkaian

Bagaimana Pemasaran Rangkaian (Network Marketing) bermula dan tumbuh untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pengusaha. ini adalah persoalan yang sangat menarik!!

Sebuah syarikat yang mencipta sesuatu produk perlu membuatkan produknya dikenali dan tersebar di pasaran dengan seluas-luasnya.

Organisasi jualan yang terdiri daripada tenaga penjual individu adalah tulang belakang kepada sesebuah perniagaan.

Untuk mengetahui sejarah industri ini, kita mesti melihat tempat asalnya perniagaan ini bermula iaitu Amerika Syarikat. Jumlah tenaga jurujual di Amerika Syarikat mulai tumbuh dengan pesat bermula pada akhir 1800-an.

1861:  1,000
1869:  50,000
1885:  100,000
1903:  300,000

1860 – Jurujual bergerak juga dikenali sebagai ‘canvassers’ dan penjaja. Terdapat sebilangan bekas jurujual ini yang telah membentuk organisasi-organisasi jualan yang terlatih. Kalau bukan kerana usaha mereka, banyak nama-nama syarikat yang kita semua kenal hari ini tidak ujud.

– Henry Heinz, seorang bekas jurujual, telah mencipta sebuah organisasi 400 orang jurujual untuk menjual pelbagai produk sayuran seperti kicap dan acar, kepada orang-orang yang tidak menanamnya sendiri.

– Asa Candler, juga seorang bekas jurujual, membina armada jualan untuk menjual sirap Coca-Cola ke restoran-restoran setelah membeli formulanya dari John Pemberton seorang ahli farmasi dengan harga USD2,300 pada tahun 1886.

Akibat dari organisasi-organisasi seperti ini, lahirnya idea untuk syarikat-syarikat membenarkan tenaga jurujual mereka untuk memiliki perniagaan mereka “sendiri”. 

1868 – JR Watkins mendirikan JR Watkins Medical Company, salah satu syarikat pertama Amerika yang membenarkan produk kesihatan semulajadinya dipasarkan oleh rakan niaganya terus kepada pengguna.

1890 – David McConnel memulakan syarikat California Perfume, yang berpusat di New York. Pada tahun 1906 ia mempunyai 10.000 wakil jualan menjual 117 produk yang berbeza. California Perfume menukar namanya menjadi Avon Products pada tahun 1937.

1905 – Alfred C. Fuller yang juga merupakan seorang bekas jurujual sangat mempengaruhi masa depan organisasi jualan. Fuller memulakan syarikat Fuller Brush Company dan menggaji 270 dealer di seluruh Amerika Syarikat untuk mengikuti rancangan perniagaannya yang berdasarkan kepada komisen sahaja. Pada tahun 1919, Fuller Brush Company telah membuat jualan sebanyak USD 1 juta; pada tahun 1960 pula adalah USD 109 juta.

1931 – Frank Stanley Beveridge adalah bekas naib presiden jualan untuk Fuller Brush Company. Dia dan Catherine L. O’Brien menubuhkan syarikat Stanley Home Products. Dipengaruhi oleh kesulitan ekonomi disebabkan oleh kegawatan ekonomi sewaktu zaman ‘Great Depression’, Frank dan Catherine membayangkan sebuah peluang bagi orang ramai untuk memulakan perniagaan mereka sendiri dengan pelaburan minimum, dengan menjual produk-produk seharian yang digunakan orang ramai. Visi ini jelas diambil dari Fuller Brush Company. Stanley Home Products menjual pembersih rumah, berus dan mob. Beberapa dealer Stanley mula memberikan demonstrasi untuk kelab-kelab dan organisasi berbanding kepada individu-individu untuk meningkatkan volume penjualan. Dealer-dealer Stanley dengan cepat menggunakan idea ini sebagai cara untuk memaksimumkan jualan. Dealer-dealer ini mengambil konsep “kelab dan organisasi”  ke rumah-rumah dengan cara pemilik rumah menjemput rakan-rakan dan keluarga untuk mendengar persembahan jualan … maka lahirlah “home party” (parti rumah).

Stanley Home Products menjadi tempat latihan bagi ramai pemimpin syarikat yang terkenal. Mary Kay Ash, pengasas Mary Kay Cosmetics; Brownie Wise dari Tupperware; Jan dan Frank Day, pengasas Jafra Kosmetik, dan Mary Crowley, pengasas Home Interiors telah menerima latihan awal dealer Stanley Home Products – sekali lagi dipacu oleh syarikat Fuller Brush.

1934 – Carl Rehnborg memulakan California Vitamin Corporation menjual apa yang kini dikenali sebagai suplemen vitamin. Pada tahun 1939 syarikat ini telah bertukar nama menjadi Nutrilite Products Company, Inc

1945 – Nutrilite telah menandatangani kontrak dengan Mytinger & Casselberry untuk melantik merekan menjadi pengedar ekslusif seluruh Amerika bagi produk-produk Nutrilite. Mytinger & Casselberry telah mencipta pelan imbuhan Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM) pertama yang didokumentasikan. Ia berbunyi seperti ini: Seorang pengedar Nutrilite membeli produk pada harga yang di diskaun sebanyak 35%. (Contoh: Pengedar A membeli sekotak vitamin pada harga sebanyak USD 13 dan kemudian menjualnya pada harga sebanyak USD 20 dengan keuntungan sebanyak USD7.00)

Untuk menggalakkan pengedar untuk menjual lebih banyak, Nutrilite membayar bonus bulanan tambahan sebanyak 25% dari jumlah keseluruhan jualan. 20 pelanggan x USD13.00 (nilai belian borong) = USD260 x 25% = keuntungan USD65,00.

Setelah pengedar membuktikan bahawa dia boleh mendapatkan 25 pelanggan, dia akan dibenarkan untuk menjadi pengedar LANGSUNG – yang bererti bahawa dia boleh mencari orang lain yang ingin menjual produk Nutrilite dan kemudian mereka akan membeli produk mereka dari dia. Inti patinya, apabila dia berjaya membuktikan bahawa dia boleh mendapatkan pelanggan-pelanggan, dia akan dinaikkan pangkat dan dibenarkan untuk mencari pengedar lain dan melatih mereka untuk mendapatkan pelanggan. Sebagai insentif untuk melatih pengedarnya dengan baik, apabila dia dan pengedar-pengedarnya mengumpulkan 150 pelanggan, maka dia akan menerima tambahan 2% dari jumlah keseluruhan jualan.

Ini bukan piramid – itu adalah sistem kuota berasaskan pengurusan. Mereka yang menjual paling banyak vitamin akan mendapat insentif yang lebih tinggi daripada mereka yang menjual sedikit. Pelan Imbuhan MLM ini hanyalah satu pembaharuan dari ganjaran pengeluaran Fuller Brush Company. Dengan Pemasaran Rangkaian (Network Marketing), syarikat dapat memotivasi jurujualnya untuk tidak hanya menjual lebih banyak produk, tetapi juga untuk melatih orang lain untuk menjual lebih banyak produk.

1945 – Earl Tupper mencipta sebuah bekas plastik yang ringan, fleksibel dan dengan penutup ketat. Dia mula menjual produk-produknya melalui kedai-kedai runcit konvensional, tetapi dia menyedari produknya memerlukan demonstrasi. Earl Tupper kemudiannya bekerjasama dengan Brownie Wise (dahulunya dengan Stanley Home Products) melancarkan Pelan Parti Tupperware. Sekarang, ia adalah syarikat bilion dollar bertaraf dunia yang beroperasi di 40 buah negara.

1949 – Rich Devos dan Jay Van Andel (teman sewaktu sekolah tinggi dan rakan perniagaan) kembali dari perkhimatan tentera dan menjadi pengedar untuk vitamin suplemen Nutrilite pada tahun 1950. Setelah berlaku dilema singkat dengan Nutrilite pada tahun 1959, kedua-duanya meninggalkan Nutrilite dan membentuk syarikat Amway Corporation. Pada tahun 1972 Amway Corporation membeli Nutrilite.

1956 – Dr Forrest Shaklee mengembangkan kaedah ekstraksi mineral dari sayur-sayuran dan telah menggunakan Pemasaran Rangkaian untuk mengedar produk-produknya.

1963 – Mary Kay Ash mencipta Mary Kay Cosmetics. Pada tahun 1996, jualan syarikat adalah lebih daripada 2 bilion dolar setahun.

1975 – FTC (Federal Trade Commission) telah mengemukakan saman terhadap Amway Corporation kerana didakwa mengendalikan sebuah skim piramid.

1979 – Seorang hakim telah memutuskan bahawa program pemasaran multi level Amway adalah sebuah peluang perniagaan yang sah, dan bukannya sebuah skim piramid.

.

Salam Dari ADMIN

Semalam pada tanggal 12hb  Jun 2013, saya menyertai AMWAY.

Saya kenal Amway sejak berumur 15 tahun. Pernah melihat Pak Cik saya asyik menjual Amway kepada ibu saya. Kasihan melihat ibu yang tidak tau bagaimana mahu menolak penjualan Pak Cik. Ibu saya tidak berwang, orang susah. Nak membeli pun payah, ini kan pula mahu turut serta jadi penjual dan pengedar Amway. Tambahan lagi, nak membaca pun dia tak tahu. Dia buta huruf. Akhirnya Pak Cik saya itu ‘gives up.’ Itu pengalaman saya di tahun 1979.

Saya kenal pemasaran rangkaian secara tidak sengaja pada 2009. Oleh kerana ada masalah kesihatan saya terbeli jus minuman kesihatan sebuah syarikat jualan langsung antarabangsa ternama (Top 50) yang berpengkalan di USA.

Apabila saya telah terpikat dengan produknya, saya turut serta jadi pengedar syarikat tersebut agar dapat membeli jus minumannya pada harga lebih murah disamping mempelajari ilmu networking yang agak asing bagi saya.

Untuk belajar perniagaan ini, saya hanya menggunakan internet, ikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh syarikat dan buat penjualan secara kecil-kecilan kepada sahabat-sahabat dan sedikit pemasaran secara online . Alhamdulillah, sehingga kini saya mempunyai lebih 250 orang ahli dalam rangkaian saya di syarikat tersebut.

Bisnes itu masih berterusan, cuma saya tidak servis secara serius kerana tujuan saya adalah untuk mencari pengalaman dan mempelajari selok belok bisnes ini disamping dapat minum percuma. Pada waktu itu juga saya masih menguruskan syarikat saya sendiri.

Pada 2011, saya diperkenalkan pula dengan satu program referral oleh sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka Malaysia. Walaupun ia bukan perniagaan ‘MLM tulin’ tetapi ia mempunyai ciri-ciri asas yang sesuai dalam pembinaan rangkaian kerana produk prepaidnya hanya ‘dijual’ sekali sahaja dan ia akan digunakan seharian oleh pengguna untuk selama-lamanya. Sekali lagi saya tertarik!

Oleh kerana untung program referral tersebut adalah agak kecil dan tak berbaloi jika saya keluar berjumpa ‘prospect’, maka saya buat program ini secara online.  Cita-cita saya sewaktu bermula adalah untuk mempunyai lebih 10,000 ahli pada Jun 2014 iaitu setelah 3 tahun saya mempromosi program ini. Alhamdulillah, sehingga kini, saya telah mempunyai lebih 5,000 ahli dibawah kumpulan saya. Saya nampak sasaran 3 tahun saya akan tercapai. Insyaallah! Pendapatan pun dah 4 digit setiap bulan. Insyaallah, saya akan teruskan kerana ia agak mudah dan berjaya bagi saya. 🙂

Sepanjang saya berkecimpung dalam industri ini sejak 2009, ramai lah orang yang datang memperkenalkan peluang bisnes mereka kepada saya. Mereka selalunya menjemput saya ke mesyuarat-mesyuarat rasmi syarikat atau membentangkan terus kepada saya. Pernah juga ada leader yang ‘turun’ dari Indonesia datang berjumpa saya untuk menawarkan peluang syarikatnya.

Jarang saya tolak apabila mereka meminta masa untuk membentangkan tawaran peluang mereka, tetapi saya bukan lah orang yang suka buat sesuatu tanpa usul periksa. Setelah mendengar pembentangan, semua peluang mereka saya tolak dengan baik.

amwayBerbalik kepada AMWAY. Sepanjang saya berkecimpung dalam bidang ini, satu perkara yang saya kagum tentang syarikat Amway adalah  nama Amway sentiasa disebut orang terutama dari mulut leader-leader yang datang mempelawa saya. Memang banyak komplen mereka, tapi biasalah kalau dah pesaing, mesti mereka nak ‘jatuhkan’. Amway ni dah jadi macam ‘benchmark’ atau ‘punchback’ pulak.

Semalam, selepas membeli jus minuman kesihatan yang saya sebut diatas, saya berkesempatan makan tengahari di pejabat Amway kerana menemani kawan ahli Amway pergi membeli produk dan saya sempat berjalan dalam Hall Of Fame yang menunjukkan kepelbagaian produknya.

Kawan saya itu dah 3 kali keluar masuk jadi ahli Amway.  Katanya, dia tak pernah menaja orang sejak bertahun-tahun jadi ahli, tapi asyik beli produknya sahaja kerana beliau memang pengguna tegar Amway. Sedang kami makan, saya minta borang jadi ahli daripadanya. Dia tergamam. Kelam kabut dia jadinya. Hehe… 🙂

Nak jadi ahli Amway, murah sahaja rupanya – hanya RM90 . Dapat brosur dan bahan bercetak bersama 1 beg bimbit. Tak perlu beli apa-apa lagi. Blla dah bersedia baru beli produknya. Ada Money Back Guarantee pulak tu.

Sebagai ahli Amway, kita juga digelar pengedar Amway. Namun gelaran yang paling diiktiraf syarikat adalah Pemilik Perniagaan Bebas atau Independant Business Owner (IBO). Ini kerana selaku ahli, kita juga boleh membina perniagaannya mengikut kemampuan diri.

Kenapa saya jadi ahli?

Pada waktu makan bersama rakan di Amway, terdetik dihati saya bahawa saya telah pun mempelajari bisnes pemasaran rangkaian (MLM) sejak 2009 secara sambilan di syarikat jualan langsung antarabangsa dan secara aktif pula mempromosi program referral (Bukan MLM tulin) syarikat telekomunikasi tempatan secara online.

Apa kata pula saya cabar keupayaan diri saya di sebuah syarikat gergasi MLM yang terhebat, nombor satu dan tertua di dunia ini? Tambahan lagi, saya lihat produknya adalah produk kegunaan ramai.

Tertanya-tanya di hati saya apa yang menyebabkan AMWAY ini terlalu istimewa, walau sudah 54 tahun ia masih mampu bertahan dan sehingga kini masih ramai yang menyertainya. Cabaran itu buat hati saya tergerak untuk turut serta dan mencabar sepenuhnya potensi diri.

Okay, itu cerita tentang diri saya buat masa ini. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau turut serta dalam Amway atau bersama-sama saya meneroka potensi diri untuk membina rangkaian perniagaan dalam Amway, anda boleh hubungi saya seperti di maklumat bawah. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu anda.

admin1

Kamaruzaman Zainal (KZ)

Mobile : 010-7962 696

Email: ratubuahdotcom@gmail.com

Tarikh: Khamis, 13 Jun 2013