Amway, MLM dan Syariah

Saya tertarik menulis perkara ini setelah diminta oleh Pengerusi sebuah syarikat berkaitan MLM untuk memberikan komen saya berhubung garis panduan syariah.

syariahTulisan ini merupakan pandangan peribadi saya. Ia bukanlah boleh dijadikan sandaran hukum kerana saya bukanlah ahlinya. Saya mengupas perkara ini berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemahaman yang diperolehi secara peribadi selaku pengamal bisnes ‘networking’ dan pengedar atau lebih dikenali sebagai Pemilik Perniagaan Bebas (IBO) Amway.

Pelan pemasaran rangkaian atau MLM sememangnya banyak digunapakai oleh syarikat Jualan Langsung termasuk Amway. Walaubagaimanapun, terlalu banyak syarikat telah menyalahgunakan konsep MLM ini sehingga menyebabkan nama buruk terpalit kepada industri ini. Samada setuju atau tidak, pemilik perniagaan bebas (IBO) Amway  perlu menghadapi persoalan ini yang akan ditanya oleh masyarakat terutamanya yang beragama Islam.

Sebagai sumber rujukan, saya telah menggunakan Garis Panduan “Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah” yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan setelah mereka bersidang pada 16-18 Jun 2011.

Banyak perkara penting tercatit dalam garis panduan tersebut namun saya ingin mengetengahkan beberapa perkara yang sering menjadi persoalan utama yang diajukan kepada saya.

Melalui salah satu muzakarah yang telah diadakan oleh Majis Fatwa tersebut, ia telah memutuskan bahawa:

Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam“.

Garis Panduan yang diperakui tersebut itu pula mengariskan 3 perkara besar berikut:

A.   PELAN PEMASARAN PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG

B.   KRITERIA PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKAT (MLM) YANG DIHARUSKAN OLEH ISLAM

C.  UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKAT (MLM)

Anda boleh mendapatkan salinan Garis Panduan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut yang diedarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sepanjang pengetahuan saya, perkara pokok yang menjadi isu bicara besar kepada masyarakat adalah definasi Skim Piramid dan Unsur-unsur Yang Dilarang  seperti di C diatas.

Pertama : Skim Piramid

Majlis Fatwa ada menyebut dengan jelas Skim Piramid dengan definasi seperti di bawah

““Skim piramid” bermaksud apa-apa skim, perkiraan, pelan, pengendalian atau proses berantai yang bonus atau faedah diperoleh semata-mata atau terutamanya daripada perekrutan atau pengambilan peserta ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding dengan jualan barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta “– (TAKRIF 7 (o) dalam Garis Panduan)

images (2)Definasi ini telah jelas untuk sebarang skim yang semata-mata asyik menaja orang sahaja tanpa mengambil kira produk, jualan barang atau perkhidmatan. Ia adalah dilarang.

Di Amway, perkara ini tidak langsung terjadi kerana ahli tidak mendapat sebarang bonus atau faedah hasil dari aktiviti penajaan orang baru. Cara menaja ahli baru di Amway adalah pengedar IBO membeli bag ‘Business Kit’ yang mengandungi pelbagai bahan bercetak, peraturan etika pengedar Amway beserta borang keahlian dengan harga RM90 dan memberikannya kepada ahli baru dengan pembayaran yuran keahlian RM90 juga. Tiada sebarang keuntungan penajaan diberikan oleh syarikat kepada penaja. Ahli baru tersebut juga dibenarkan untuk memulangkannya dan mendapatkan semula RM90 tersebut sekirannya `berubah fikiran dalam masa 3 bulan. Definasi Skim Piramid diatas nyata tidak terpakai untuk bisnes Amway.

Malangnya, definasi ini agak berkecamuk dalam fikiran masyarakat menyebabkan ramai menganggap bahawa sebarang aktiviti MLM dikatakan sebagai Skim Piramid. Akibatnya, banyak aktiviti MLM yang baik menjadi mangsa dicop sebagai Skim Piramid. Masyarakat sepatutnya mengambil sedikit masa untuk mengkaji banyak bahan-bahan penerbitan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tentang perkara ini.

Kedua : Unsur-Unsur Yang Dilarang Dalam Perniagaan Jualan Langsung Berbilang Tingkat (MLM).

Terdapat 6 perkara yang dibincangkan dan dijadikan garis panduan oleh Majlis Fatwa berkenaan unsur-unsur yang dilarang dalam perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) ini.

Walaubagaimana terdapat 2 perkara yang sering ditanya oleh orang ramai kepada saya. Dua perkara tersebut adalah perkara 1 (e) dan perkara (5) dalam senarai unsur-unsur yang dilarang oleh Majlis Fatwa Kebangsaan seperti yang terdapat dalam Garis Panduan tersebut.

Perkara 1 (e):

Pembelian wajib barang atau perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan dikenakan sebagai syarat untuk melayakkan seseorang mendapat bonus atau faedah ekonomi lain dalam skim terhadap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan ahli di bawahnya.”

Perkara tersebut banyak berlaku dan syarikat-syarikat MLM mempunyai sebab mereka tersendiri. Terpulang kepada tafsiran masing-masing. Walaubagaimana pun di Amway, apa yang mengejutkan saya adalah anda masih boleh dibayar walau pun anda tidak membeli barangan. Tiada sebarang syarat ‘maintain’ dikenakan untuk ahli pengedarnya menerima komisen. Amway mempunyai mekanisma tersendiri untuk membayar komisyen pengedarnya walaupun mereka tidak membeli barangan. Mantap!

Perkara (5) : Menjanjikan Keuntungan Tetap Tanpa Usaha

“Mana-mana syarikat jualan langsung yang menjanjikan keuntungan tetap kepada peserta melalui pemberian komisen/bonus tanpa sebarang usaha yang jelas meliputi aktiviti promosi dan penjualan barang atau perkhidmatan adalah bertentangan dengan hukum syarak kerana mengandungi unsur riba”

downloadMasyarakat menganggap skim sebegini seolah-olah duduk sahaja dapat duit. Teknik sebegini digambar oleh sesetengah ahli peserta program MLM untuk memancing peserta-peserta baru.

Realitinya, dalam setiap skim yang dihasilkan oleh mana-mana syarikat pemasaran rangkaian tulin, ia tetap memerlukan usaha. Saya rasa berbangga bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan berjaya merungkai perkara ini. Ia membezakan antara skim cepat kaya dan skim pemasaran rangkaian (MLM) yang tulin.

Sistem yang dihasilkan oleh syarikat adalah hanya alat atau sistem untuk memudahkan kejayaan peserta-pesertanya. Kemudahan operasi skim atau cara perjalanan sistem yang direka tidak bermakna semua orang akan berjaya tanpa berusaha. Sedikit atau banyaknya usaha peserta yang akan menentukan kejayaan kewangan mereka.

Bagi mereka yang mengusahakan program yang tulin sebegini, mereka akan tahu bahawa ia tidak semudah yang digambarkan. Membina rangkaian sehingga beribu-ribu orang ke aras yang terkebawah memerlukan usaha luarbiasa. Jika peserta tidak belajar, tidak kreatif membina rangkaian, mereka tidak akan mendapat pulangan yang lumayan.

Seperkara yang perlu diperhatikan bahawa kata-kata bahawa “siapa masuk dulu dia kaya” terpakai bagi syarikat yang diragui ketulinan sistemnya. Ini kerana bagi sesebuah syarikat MLM yang tulin, sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dia masuk hari ini. Orang baru (downline) sememangnya boleh mengatasi orang lama (upline) jika dia berusaha lebih.

Di Amway, unsur riba seperti mana yang dilarang tidak terdapat dalam sistemnya kerana ia tetap memerlukan usaha peserta. Janjinya sangat mudah, seberapa banyak kejayaan yang anda mahu segalanya bergantung kepada diri anda sendiri.

Sementara itu, banyak perkara-perkara lain dalam Garis Panduan adalah berbentuk teknikal yang mana ia diharuskan bagi menepati seruan syariah.

Ia adalah penting, namun boleh ia dilakukan secara berperingkat dan saya fikir masyarakat tidak mendesak tentang perkara ini jika syarikat sentiasa berusaha untuk memenuhinya dari masa ke semasa sebagai aktiviti penambahbaikan selaras syariah.

Dalam mendepani persoalan ini, apa yang penting adalah samada sesuatu program itu akan memudaratkan peserta atau memakmurkan mereka. Jika ia memudaratkan peserta maka ia sah dilarang dalam Islam.

Sebagai penutup, setelah bersama Amway saya mendapati beberapa fakta yang mengejutkan mengenai ketulinan perniagaan MLM Amway. Antaranya adalah seperti berikut:

1.  Lesen Akta Jualan Langsung (AJL) dilluluskan oleh pihak berkuasa untuk Amway adalah untuk selama 10 tahun berbanding syarikat lain yang 1, 3 hingga 5 tahun. Kerajaan amat mempercayai ketulinan bisnes Amway!

2. Saham syarikat Amway banyak dibeli dan dipegang oleh badan pelaburan kerajaan seperti KWSP, Tabung Haji dan lain-lain lagi. Jika anda mempunyai akaun di KWSP atau Tabung Haji, bermakna anda telah lama menerima faedah dari Amway!

3, Saham syarikat Amway di Bursa Malaysia adalah dikategorikan sebagai “Patuh Syariah”. Jelasnya ia tiada masalah hukum syariah.

Orientasi Pengedar Baru (NDT)

Sebagai pemilik perniagaan Amway yang baru, sudah tentu banyak perkara yang perlu diketahui dan dipelajari. Selok belok perniagaan ini mesti difahami sebelum kita boleh berjaya menangani cabaran yang akan timbul.

Apabila telah menetapkan sasaran untuk berjaya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menyertai kursus-kursus yang ditawarkan bagi memenuh ilmu di dada. Jika anda orang baru, anda mungkin tidak mempunyai skill yang diperlukan untuk berjaya. Maka jangan dirisaukan sangat. Disini latihan dan kursus memainkan peranannya.

Ramai yang kata buang duit untuk menyertai kursus latihan seperti ini. Tetapi kursus latihan ini lah pelaburan anda terhadap diri anda sendiri. Ia pelaburan terbaik yang akan memajukan diri anda. Terdapat skil yang perlu anda pelajari seperti skil kepimpinan, skil komunikasi dan skil mengurus organisasi. Skil-skil tersebut bunyinya seperti agak besar tetapi ia boleh dipelajari dengan mudah.

Pada masa depan, anda mungkin mempunyai ‘rakan niaga’ dalam kumpulan anda sendiri. Jangan biarkan mereka sendirian. Sebaliknya, anda perlu memberi motivasi untuk mereka mencapai impiannya. Ini adalah antara skli yang perlu di pelajari.

Saya mendaftar kursus “New Distributors Training’ (NDT) yang dianjurkan oleh kumpulan SAC dengan bayaran RM150. Bagi saya, ia adalah murah memandangkan kursus berlangsung setiap Ahad petang selama 8 minggu berturut-turut. Selama 8 minggu itu, peserta diberikan buku-buku, bahan bercetak, kerja rumah, CD untuk didengar setiap minggu. Berbaloi sangat dengan harganya RM150 sahaja. Tambah lagi ilmu yang diajar sangat berguna!

1460017_545532382200920_946337539_nBanyak perkara yang dipelajari tentang pembangunan diri. Saya lihat rakan-rakan yang tidak biasa bercakap di pentas, tiba-tiba boleh berceloteh hingga terpaksa di tahan oleh MC. Begitu berguna sekali kursus ini.

Alhamdulillah, saya dapat menamatkannya walau pun saya agak sibuk. Tambah manis, saya mendapat 2 anugerah sewaktu kursus tersebut. Anugerah “Best Group” dan “Best Vision Chart”.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya rakamkan.

1372592_10151905312570734_1680217114_o

Gambar kiri adalah keadaan sewaktu kursus. Oleh kerana kursus diadakan dalam bahasa Mandarin, kami terpaksa menggunakan khidmat penterjemah yang disediakan percuma oleh kumpulan SAC. Baik sunggoh layanan mereka!

Gambar bawah ini adalah gambar keseluruhan peserta sewaktu tamat kursus. Diamond Tuan Haji Abdul Jalil dan isteri pun turut sama sewaktu tamat kursus,

1385104_10151939153744765_1799060964_n

Gambar-gambar berikut pula adalah gambar-gambar sewaktu saya menerima hadiah pemenang “Best Vision Chart” dan “Best Group”.

1450816_528548043904157_589890165_n1450174_545150552239103_1506034646_n1454725_545154738905351_1172491556_n

Nak Jual Produk atau Peluang?

GBL_SAB_SUPPORT_IMG_1Ini soalan yang paling biasa dalam pemasaran rangkaian. Ada yang mengatakan adalah lebih baik mula dengan kenalkan produk sebab orang lebih percaya kepada produk. Ada juga yang mengatakan lebih baik kita buka peluang dahulu untuk bawa masuk pembina-pembina rangkaian.

Orang sertai MLM atas dua sebab iaitu produk dan peluang buat duit. Sememangnya benar bahawa anda boleh buat pendapatan 5, 6 dan 7 angka tetapi anda perlu merangka strategi yang membawa kepada kejayaan.

Terdapat banyak tip-tip kejayaan tetapi satu strategi penting adalah menentukan apa yang akan anda tawarkan kepada prospek – samada produk atau peluang. Kita semua tahu peluang yang akan membawa kejayaan kewangan tetapi jangan lupa sebab-sebab mengapa anda perlu tawarkan produk.

Produk adalah sebab utama kita dalam bisnes ini. Ia adalah sumber kepada pendapatan kita. Jika anda tidak percaya kepada produk maka anda tidak sepatutnya terlibat dengan perniagaan MLM tersebut. Jika anda tidak punya sebarang keterujaan terhadap produk dan apa kelebihannya kepada pelanggan dan pemilik perniagaan, maka anda tidak akan boleh membuatkan orang lain melihat kelebihannya.

Sebagai tambahan, apabila anda baru bermula dalam MLM, anda tiada pengalaman untuk bercakap tentang pendapatan kerana anda baru bermula. Tetapi, jika anda menawarkan produk, anda punya topik untuk bercakap sebab anda telah pun berpengalaman menggunakan produk tersebut.

Sebaliknya, apabila anda menawarkan produk, ia boleh diakhiri dengan peluang, maka anda akan dapat ‘close’ lebih banyak jualan dan membawa masuk ahli kumpulan baru. Ini kerana anda akan bercakap dengan orang yang lebih tahu  tentang produk tersebut dan jika mereka ‘passionate’ terhadap sesuatu produk maka mereka dengan cepat mengetahui lebih banyak orang yang akan berminat dengan produk tersebut dan perniagaannya. Mereka juga akan lebih bermotivasi untuk menjayakannya kerana ‘passion’ tersebut.

Memang terdapat mereka yang berjaya membina perniagaan berdasarkan peluang sahaja tetapi ia adalah kes-kes pengecualian. Walaubagaimana pun MLM adalah dibina berasaskan produk dan tanpa produk anda tiada perniagaan.

Bagi saya ia juga bergantung kepada keadaan. Anda hanya perlu tahu bila masa sesuai nak bercakap dengan prospek tentang produk dan bila masa pula sesuai nak bercakap tentang peluang.

Bagaimana nak tahu bila masa sesuai? Caranya adalah dengan mengenali mereka terlebih dahulu. Selalunya ia dilakukan sewaktu sesi pengenalan antara anda dan prospek. Sesi pengenalan sepatutnya merangkumi proses meneroka kehendak, keperluan dan impian prospek, samada beliau lebih perlukan produk atau lebih kepada peluang perniagaan.

Bina hubungan dengan prospek terlebih dahulu sebelum anda mencadangkan sesuatu samada produk atau peluang. Sebagai contoh, dalam sesi pengenalan anda boleh mengetahui samada prospek memerlukan produk untuk kesihatan mereka atau lebih memerlukan cara menambahkan ekonomi keluarga. Satu caranya adalah, anda perlu banyak bertanya soalan sewaktu sesi pengenalan.

Dengan mengetahui apa yang mereka mahukan, anda boleh membantu memberikan penyelesaian untuk masalah mereka. Dan dengan memberikan penyelesaian kepada masalah mereka, anda akan dilihat sebagai mempunyai kredibiliti tinggi. Ia akan memudahkan mereka membeli produk atau mengikut rangkaian anda. Ingat, orang akan membeli atau mengikut orang yang mereka kenal dan percayai.

Jadi, seperti anda perhatikan, jawapan sebenar kepada soalan samada anda perlu jual produk atau peluang terletak pada diri anda sendiri! Bina jenama diri anda sendiri sebagai seorang mengambil berat terhadap orang lain dan yang memberikan penyelesaian kepada masalah mereka.

Asas Kejayaan Pemilik Perniagaan Bebas Amway

Ramai yang bertanya kepada saya mengenai apa yang diperlukan untuk berjaya sebagai ahli pengedar dalam bidang ini. Berikut saya titipkan beberapa asas yang perlu ada pada diri setiap pemilik perniagaan bebas (IBO) untuk berjaya mencapai apa yang diidamkan.

Secara ringkas, buat dulu keputusan untuk diri anda berjaya dalam bisnes yang anda ceburi ini. Sentiasa sematkan wawasan dan visi akhir sebagai simbolik kejayaan anda.

Seterusnya tetapkan tekad dalam perancangan anda untuk mencapai kejayaan tersebut. Tekad ini dibuat dengan merancang matlamat-matlamat yang mesti dicapai oleh anda samada jangka pendek atau panjang.

Ketiganya, belajar tentang selok belok bisnes ini. Bisnes ini memerlukan duplikasi, jika anda tidak belajar, bagaimana anda akan mengajar ‘downline’ anda kelak?

Keempat, anda perlu fokus mempromosi bisnes anda samada anda menggunakan cara ‘online internet’ atau ‘bersemuka secara offline’ dan kelima, anda mesti sentiasa berfikiran positif. 

Bagi mendalami ringkasan diatas, dibawah ini adalah penjelasan tentang apa yang saya maksudkan dengan lebih mendalam.

images1.  Mesti Ada Wawasan atau Visi

Wawasan atau Visi adalah SEGALA-GALANYA. Apa perkara pun anda lakukan dalam kehidupan ini memerlukan anda mempunyai gambaran akhir yang perlu anda capai.

Tanpa sebarang gambaran akhir yang jelas atau visi (vision) yang anda mahu capai dalam pemasaran rangkaian, bisnes anda akan gagal.

Kenapa? Visi adalah satu bentuk penyataan ke mana anda harus bawa perniagaan ini. Visi mampu membentuk cara kerja anda. Tanpa visi yang jelas, anda akan sentiasa hilang arah, hilang inspirasi, hilang fokus dan akhirnya akan hilang komitmen terhadap bisnes ini.

Tanya diri anda sendiri, adakah anda mempunyai sebarang visi atau gambaran akhir tentang arah tuju bisnes anda? Kenapa anda melakukan bisnes?

WHY? Mempunyai wang yang banyak bukanlah visi akhir perniagaan anda. Apa yang akan dilakukan dengan wang tersebut merupakan visi atau gambaran akhir yang diperlukan oleh anda. Ingat! Gambaran atau visi tersebut mesti sejelas kristal di fikiran anda.

goal2.  Mesti Ada Matlamat (Goal)

Mereka yang meletakkan sasaran matlamat akan mencapainya lebih pantas dari mereka yang tidak mempunyai sasaran.

Guru saya, Zig Ziglar menyatakan “Jika sasaran anda adalah tiada apa-apa maka anda akan mencapainya setiap masa” (“Aim for nothing and you will hit it every time”).

Anda perlu tetapkan sasaran! Lebih spesifik sasaran tersebut, maka lebih baik langkah anda untuk mencapainya.

Kalau anda tiada sasaran, buat sekarang! Cara membuat dan meletakkan matlamat anda adalah:

  • Mesti Bertulis
  • Mesti Spesifik
  • Mesti ada Ukuran
  • Mesti ada Jangka Masa

Dalam anda merangka perancangan matlamat anda, jangan lupa isu belanjawan atau budget. Kerja-kerja pemasaran dan promosi bisnes ini sememangnya memerlukan sedikit sebanyak perbelanjaan kewangan.

teaching-sunday-school-lesson3.  Mesti Boleh Belajar dan Mengajar!

Perkemaskan diri anda. Laburkan masa dan wang anda terhadap diri anda. Pada setiap hari, ambil masa untuk membina diri sendiri.

Ramai antara mereka yang telah berjaya dalam industri ini yang boleh anda contohi. Jika anda ambil masa untuk mempelajari dari mereka, anda akan menjimatkan banyak masa untuk mempelajari selok-belok industri ini.

Setiap pengajaran dalam hidup ada harganya yang perlu dibayar. Pengajaran mungkin datang dari pengalaman sendiri atau anda boleh belajar dari mereka yang telah berjaya mengatasi cabaran dengan jayanya. Mana yang lebih baik? Anda fikirkan..

Ketahui produk anda. Ketahui pesaing anda. Anda mesti tahu produk anda dengan baik bagi membolehkan anda bercakap mengenainya. Bukan bermaksud kena tahu semua dari hari pertama anda buat bisnes tetapi anda perlu mempelajarinya sedikit demi sedikit sehingga ia lekat di fikiran.

Kebolehan ini akan membuatkan anda mempunyai keyakinan terhadap diri anda dan menarik orang untuk menyertai anda. Anda juga perlu tahu produk pesaing agar boleh mengawal bantahan dan persoalan apabila perbandingan produk dilakukan.

Ramai peserta yang terlalu gopoh ingin menjana pendapatan sebelum mereka belajar konsep bisnes ini. Apabila tiada pendapatan masuk, mereka berhenti dan menyalahkan syarikat. Mereka ini tidak mahu membuang masa untuk latihan, membuat persembahan bisnes, membaca risalah syarikat dan mengetahui lebih lanjut berkenaan produk.

Anda juga perlu belajar bagaimana untuk membuat persembahan tentang bisnes anda kepada orang lain. Jangan terlalu bergantung dengan ‘upline’ kerana ia akan menyebabkan bisnes anda gagal. 

fokus4.  Mesti Sentiasa Fokus

Fokus. Terdapat ramai peserta Pemasaran Rangkaian menyertai kerana mereka diberitahu boleh menjana pendapatan.

Mereka menyertainya tanpa menyedari kepentingan pembelajaran, wawasan dan sasaran yang perlu dicapai. Akibatnya, mereka melakukan kerja-kerja seperti kerja pentadbiran yang tidak menyumbang kearah pembinaan rangkaian.

Lebih memburukkan keadaan, apabila terdapat TERLALU banyak ‘distraction’ atau perkara yang boleh mengalihkan perhatian anda di luar sana terutama di online menyebabkan anda memerlukan fokus yang tinggi kepada bisnes anda sendiri.

Bertindak mengikut fokus. Jangan berlengah-lengah. Jika anda suka berlengah dalam tindakan, ia boleh menjadi pembunuh bisnes anda. Ingat! Ini adalah bisnes ANDA dan anda mesti mempunyai perlakuan baik untu mencapai sasaran anda. Berilah segala bentuk motivasi kepada anda tetapi jika anda tidak bertindak betul, anda tidak akan kemana.

Jangan jadi “Gila Pelbagai MLM”. Terdapat peserta dalam industri ini yang mempunyai kebolehan bekerja dengan beberapa program. Tetapi, peserta professional seperti mereka ini tidak lah ramai. Memandangkan rata-rata pengedar adalah bermula part-time, mereka sepatutnya pilih satu syarikat sahaja dan teguh bersamanya.

Sejarah membuktikan bahawa pengedar yang komited untuk jangka panjang akan berjaya dibandingkan mereka yang melompat dari satu syarikat kepada syarikat yang lain. Adalah amat memenatkan untuk fokus kepada satu syarikat ditambah pula jika kita mahu fokus kepada beberapa syarikat.

Membahagikan masa dan tenaga kepada pelbagai syarikat akan menghasilkan keputusan yang rendah dibandingkan jika anda fokus kepada satu syarikat sahaja.

dont-quit5.  Mesti Bersikap Positif – Konsisten dan Jangan Mengalah (Quit)

Konsisten. Putrajaya tidak dibina dalam sehari, ia tidak dibina dalam 2, 3 bulan atau 12 bulan! Ia mengambil masa yang bertahun lamanya!. Begitu juga dengan bisnes ini. Ia mengambil masa untuk membina perhubungan dalam rangkaian yang kita bina.

Ingat! Orang suka buat bisnes dengan orang dan bukannya syarikat. Jadi, anda mesti ambil masa untuk membina perhubungan mantap. Itulah dia konsep bisnes Pemasaran Rangkaian iaitu ‘membina perhubungan’. Anda mesti lakukan ini jika anda bercita-cita mencapai pendapatan yang diidam-idamkan.

Jangan Mengalah (Quit). Inilah perkara paling penting yang perlu difahami. Selama-lamanya anda tidak akan berjaya jika anda mengalah (quit). Ini yang dilakukan oleh majoriti peserta bisnes pemasaran rangkaian. Mereka bukan gagal tetapi sebaliknya mereka mengalah.

Jika dilihat diatas kertas, segala-galanya boleh dicapai tetapi kenapa mengalah angkat bendera putih. Ya, memang terdapat faktor-faktor yang diluar kawalan anda tetapi jika anda memahami segala cabaran-cabaran yang perlu diatasi, anda akan berjaya menjadi pakar atau sifu bisnes ini di suatu hari kelak.

Akhir kata, berikan masa kepada diri anda sendiri untuk melihat hasil dari setiap usaha yang anda lakukan. Jangan gopoh… 🙂

Memilih Syarikat Jualan Langsung

confused-phone-call1Jualan Langsung boleh menjadi tiket kepada perniagaan di rumah yang sangat menguntungkan. Risiko dan overhead bagi perniagaan ini adalah rendah. Tambahan lagi, terdapat ramai pengedar syarikat jualan langsung yang bersedia membantu anda jika anda memilih untuk terjun ke industri ini.

Ini menyebabkan proses untuk anda membuat keputusan menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Memikirkan kemungkinan untuk anda menambahkan pendapatan keluarga atau mendapatkan produk yang anda idamkan sunggoh mengujakan.

Tetapi disebalik keterujaan ini terdapat satu ‘ketakutan’ atau perasaan ‘ingin tahu’. Anda tertanya-tanya samada anda membuat keputusan pelaburan yang betul. Anda risau jika pelaburan anda tidak menjadi seperti mana yang anda harapkan.

Ini adalah perkara biasa bagi sesiapa yang ingin memulakan sesuatu perniagaan. Tetapi, jika anda telah menyiapkan diri dengan menyelidik tentang perniagaan tersebut, pastinya keputusan anda tanpa sebarang kerisauan dan ragu-ragu lagi.

Ingatan dari saya – Jangan sesekali terperangkap dengan Skim Cepat Kaya kerana saya telah melihat terlalu ramai rakan-rakan yang merana.

Bagaimana memilih syarikat yang sesuai untuk anda? Ada beribu peluang jualan langsung diluar sana dan pastinya ada beribu pendapat. Ya, segala-galanya akan mengelirukan anda. Jangan terikut-ikut dengan kawan kerana sesuatu yang sesuai untuk rakan anda belum tentu sesuai untuk anda.

Penyelidikan mesti dilakukan oleh anda sebelum memilih mana-mana peluang perniagaan, keputusan perlu anda lakukan sendiri. Walaubagimana pun, di sini saya perturunkan beberapa asas penting untuk anda melakukan penyelidikan.

TETAPKAN MATLAMAT

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah menetapkan apa yang anda mahukan. Adakah anda mahukan wang tambahan atau wang bulanan yang tetap supaya boleh mencapai impian hidup atau anda sekadar mahu membeli produk yang anda idamkan.

Fikirkan matlamat anda dan bukannya sekadar mengikut rakan-rakan menyertai sesuatu program. Ini akan membantu anda dalam menjayakan perniagaan tersebut pada jangkamasa panjang. Ini yang selalu saya sebut sebagai WHY anda. Kesemua pengedar jualan langsung berjaya kerana mereka mempunyai WHY yang sangat kukuh dalam jiwa dan minda mereka!

Seterusnya selidik lah 10 perkara-perkara berikut untuk memilih syarikat yang sesuai untuk anda:

1. Berapa lamakah syarikat telah beroperasi?

Sepanjang 30 tahun yang lepas, beribu syarikat jualan langsung yang telah dibuka dan akhirnya tutup. 90% syarikat jualan langsung telah gagal dalam masa 2-3 tahun mereka beroperasi.

Jika anda inginkan usaha anda pada hari ini dibayar untuk tahun-tahun akan datang, pilih lah syarikat yang telah terbukti boleh bertahan pada jangkamasa panjang. Paling kurang, syarikat hendaklah beroperasi 4 -5 tahun sebelum anda boleh menilainya sebagai baik. Walaubagaimanapun pengedar-pengedar professional selalunya meletakkan jangka masa 8 tahun beroperasi sebagai tanda aras bahawa syarikat tersebut adalah matang.

2. Adakah kedudukan kewangan syarikat stabil?

Kedudukan kewangan syarikat mestilah stabil dan jika boleh tiada hutang. Dengan kata lain, adakah ia mempunyai tunai untuk berkembang, mengekalkan infrastruktur syarikat, menarik pengurus-pengurus terbaik, mengikuti perkembangan teknologi dan paling penting membayar komisen anda.

3. Adakah syarikat mempunyai pengurusan atasan yang baik?

Dalam menilai syarikat, kita juga perlu melihat siapa yang berada diteraju utama pentadbiran. Pemegang saham utama, pengasas dan pengurusan atasan perlu diketahui sedikit sebanyak latarbelakang mereka. Ini bagi memastikan pasukan pengurusan adalah terdiri dari mereka yang mempunyai integriti tinggi dan boleh bekerjasama sebagai satu pasukan.

Seeloknya, pengasas dan pengurusan atasan adalah mereka yang telah lama dalam industri dan mengetahui selok-belok perniagaan ini dan kalau boleh mereka ini adalah orang yang ada nama dalam Persatuan Jualan Langsung di negara masing-masing.

Syarikat juga mestilah telah berdaftar sebagai ahli Persatuan Jualan Langsung di negara masing-masing. Ini penting kerana mereka akan sentiasa tertakluk kepada etika perniagaan ini. Amat mengejutkan, bahawa di Malaysia hanya 40% sahaja syarikat Jualan Langsung yang berdaftar sebagai ahli Persatuan.

4. Adakah syarikat mempunyai produk yang unik?

Seterusnya, beri penilaian terhadap produk-produk syarikat dengan menilai faktor pemasarannya.

Adakah produknya unik?

Unik bermaksud produk ini tidak dijual di mana-mana kedai selain hanya melalui pengedar-pengedarnya sahaja. Produk unik juga bermakna, syarikat tidak mengeluarkan produk tersebut hanya sekadar untuk mengikut trend industri semasa atau untuk mengujudkan persaingan semata-mata.

Adakah terdapat permintaan yang tinggi? Adakah nilai harganya berbaloi?

Dan akhir sekali, adakah ia akan digunakan selalu?

Kegagalan memastikan adanya permintaan, harga yang bersesuaian dan kadar penggunaannya yang wajar untuk pasaran akan  menyebabkan rumah pengedar penuh dengan barangan tersebut.

Sudah pastinya produk yang mempunyai permintaan kegunaan tinggi akan sentiasa mempunyai pengguna yang akan menggunakannya berulang-ulang kali.

Pengedar-pengedar yang berjaya mempunyai kesukaan luarbiasa terhadap produk syarikat. Mereka menggunakannya dan secara semulajadi akan memudahkan mereka memasarkan produk tersebut. Mereka mempunyai tekad bahawa produk dan peluang yang dibawa oleh syarikat mereka tidak akan mampu disaing oleh pesaing di pasaran. Jadi, anda perlu mencuba dahulu produk syarikat atau sekurang-kurangnya melihat sendiri produk mereka sebelum menyertai perniagaannya.

5. Adakah jualan syarikat berkembang pesat atau mendatar?

Adalah wajar kita memerhatikan perkembangan jualan produk-produk syarikat. Sekiranya ia berkembang pesat, adakah perjalanannya hampir mendatar?

Ini penting kerana sesuatu produk mempunyai ‘life cycle’ tersendiri. Apabila ‘life cycle’ produk mendatar, syarikat sepatutnya menghasilkan produk-produk baru bagi menampung perkembangan masa depan syarikat. Syarikat yang tidak kreatif selalunya tidak mampu mengeluarkan produk lain lagi dan perkembangan syarikat akan terbantut.

6. Adakah syarikat mempunyai teknologi sistem pengedaran berkomputer?

Perkara-perkara lain yang perlu dititikberatkan tentang produk adalah ‘guarantee’, kualiti, keselamatan dan sistem penghantaran produk. Di zaman teknologi moden ini, sepatutnya sistem pengedaran syarikat hendaklah berkomputer sepenuhnya dan penghantaran produk boleh diatur oleh syarikat menggunakan sistem penghantaran seperti DHL, City Link dsbnya.

Ini akan memudahkan tugas pengedar separuh masa yang bergiat dalam bidang ini.

7.  Adakah anda boleh menambah pendapatan dengan Pelan Imbuhan?

Peredaran zaman telah menyebabkan banyak syarikat memperkenalkan pelbagai sistem pembayaran kepada pengedar-pengedarnya. Ia bermula dengan sistem pembayaran ‘single’ level kepada sistem pembayaran pelbagai peringkat atau MLM. Setiap syarikat mempunyai pelan imbuhan yang berbeza. Model perniagaan jualan langsung kini paling kerap digelar Network Marketing atau Pemasaran Rangkaian.

Terdapat 4 jenis sistem utama imbuhan dibayar oleh syarikat.  Syarikat mungkin menggunakan ‘hybrid’ atau percantuman kepada sistem-sistem tersebut. Perkara ini perlu diteliti oleh anda. Adakah anda memahaminya? Apa yang perlu anda buat untuk dibayar? Ada keuntungan jualan runcit? Berapa komisen bawa ahli baru masuk? Adakah komisen residual? 

Perhatikan juga samada pembayaran itu adalah adil dan saksama. Sistem yang baik akan memberikan ganjaran pada ramai pengedar di dalam kumpulan melebihi 5 peringkat (level).

Terdapat juga keperluan penggunaan bulanan yang selalunya syarat asas untuk mendapatkan komisen. Pastikan syarat belian ‘maintain stok’ ini tidak membebankan anda.

8. Adakah orang yang mengenalkan anda kepada peluang syarikat ini komited terhadap kejayaan ANDA?

Jika mereka komited untuk kejayaan anda, syarikat pun kuat, produk pun bagus dan anda mahu belajar, insyaallah anda AKAN cepat berjaya. Jangan cari mereka yang hanya inginkan penyertaan anda dan tinggalkan anda bersendirian.

Kadang-kadang perlu ditegaskan juga bahawa SIAPA yang bawa anda masuk lebih penting daripada perniagaan apa anda masuk. Walaubagaimanapun, saya berpegang kepada prinsip ‘be a leader yourself’. Tanpa mereka sekalipun, jika anda ada inisiatif yang tinggi, insyallah boleh berjaya.

9. Adakah cara untuk membina perniagaan ini secara separuh masa tanpa kehilangan kerja tetap anda?

Untuk berjaya dalam perniagaan ini, syarikat perlu mempunyai sistem sokongan yang mantap untuk membantu pengedar-pengedarnya samada yang sepenuh masa dan separuh masa.

Syarikat sepatutnya mempunyai sistem automasi yang memudahkan kerja-kerja anda supaya anda boleh bekerja dengan efisien. Syarikat yang berjaya menarik pengedar separuh masa amat berbaloi untuk disertai

E-Dagang. Adakah syarikat mempunyai pilihan untuk melakukan transaksi perniagaan melalui internet. Banyak syarikat jualan langsung kini mempunyai laman web replika untuk pengedar mereka agar memudahkan mereka mempromosi bisnes ini secara online.

Selain itu, syarikat mesti mempunyai struktur-struktur latihan yang mentap untuk membantu pengedar-pengedarnya melakukan aktiviti perniagaan berbekalkan ilmu perniagaan yang terkini.

10. Adakah anda akan GEMBIRA?

Walaupun ini bukan satu kriteria penting untuk KERJA anda tetapi ia tersangat penting untuk perniagaan ini. Anda patut rasa seronok dan suka melakukannya bersama rakan perniagaan anda yang lain dalam membina perniagaan jangka panjang.

Apabila dipanggil datang mesyuarat, anda tidak akan merasa ‘kesusahan’nya sebaliknya seronok pula untuk menuntut ilmu.

Apabila anda seronok dan ‘passion’ terhadap sesuatu yang anda lakukan, maka anda tidak akan merasakan beratnya ‘menjual’ tetapi perasaan anda akan lebih kepada ingin berkongsi (sharing), mengajar dan membantu orang lain untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik untuk diri mereka!

Okay, itu adalah sepuluh (10) kriteria menilai peluang bersama syarikat perniagaan jualan langsung. Tetapi, walaupun dengan syarikat yang hebat, produk yang meletup dan pelan imbuhan yang lumayan, ia belum tentu menjanjikan sebarang kejayaan untuk anda. Anda sendiri KENA BERUSAHA.

Tetapi, sekiranya peluang-peluang yang ujud seperti diatas adalah betul dan benar, anda tidak akan berusaha lama untuk berjaya dalam perniagaan ini.

Saya harap apa yang saya kongsikan di atas akan membantu untuk menetapkan pilihan anda.

Cawangan Kedua Di Batu Pahat

Pada hari ini saya menerima satu lagi kejutan luarbiasa. Puan Rosidah Othman seorang suri rumah dari Batu Pahat sepatutnya datang berjumpa dengan saya di Kuala Lumpur untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang bisnes Amway.

Di takdirkan ada keluarga terdekat meninggal dunia di waktu suboh menyebabkan beliau menangguhkan perjalanan ke Kuala Lumpur. Saya dan upline menerima berita ini dan menangguhkan aktiviti kami.

Namun, Puan Rosidah bukan sebarang insan. Jam 4.00 petang setelah selesai segala urusan pengkebumian arwah, beliau menalipon saya meminta tunjuk ajar menjadi Pemilik Perniagaan Amway (IBO). Beliau tahu terdapat satu Kedai Amway yang berdekatan tempat tinggalnya.

Maka, saya memberikan segala butir-butir maklumat keahlian saya yang wajib beliau ketahui serta meminta beliau mendaftarkan diri di situ.

Alhamdulillah, jam 5.00 petang beliau menalipon memberitahu saya bahawa segalanya telah selesai. Beliau telah menjadi Pemilik Perniagaan Amway dengan hanya membayar yuran RM90 di situ.

Woww.. walau pun baru menjadi IBO sejak 2 minggu lepas, rangkaian saya telah bertambah menjadi 4 orang. Puan Rosidah Othman adalah IBO terus (direct) kedua yang menyertai saya. Diucapkan tahniah kepada beliau yang telah buat keputusan untuk menyertai kami dan saya menganggap beliau sebagai Cawangan bagi Batu Pahat.

30472_113629285351771_7127777_n

Sesiapa yang ingin membeli produk Amway atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan Amway atau ingin bersama-sama menyertai beliau sebagai pemilik perniagaan ini, boleh menghubungi Puan Rosidah di  07-455 6010, 013-721 0082 atau  012-7490 468.

Pihak saya dan rakan pemilik perniagaan Amway yang lain akan membantu dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Puan Rosidah Othman untuk menjayakan perniagaan Amway nya.

Sejarah Perniagaan Pemasaran Rangkaian

Bagaimana Pemasaran Rangkaian (Network Marketing) bermula dan tumbuh untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pengusaha. ini adalah persoalan yang sangat menarik!!

Sebuah syarikat yang mencipta sesuatu produk perlu membuatkan produknya dikenali dan tersebar di pasaran dengan seluas-luasnya.

Organisasi jualan yang terdiri daripada tenaga penjual individu adalah tulang belakang kepada sesebuah perniagaan.

Untuk mengetahui sejarah industri ini, kita mesti melihat tempat asalnya perniagaan ini bermula iaitu Amerika Syarikat. Jumlah tenaga jurujual di Amerika Syarikat mulai tumbuh dengan pesat bermula pada akhir 1800-an.

1861:  1,000
1869:  50,000
1885:  100,000
1903:  300,000

1860 – Jurujual bergerak juga dikenali sebagai ‘canvassers’ dan penjaja. Terdapat sebilangan bekas jurujual ini yang telah membentuk organisasi-organisasi jualan yang terlatih. Kalau bukan kerana usaha mereka, banyak nama-nama syarikat yang kita semua kenal hari ini tidak ujud.

– Henry Heinz, seorang bekas jurujual, telah mencipta sebuah organisasi 400 orang jurujual untuk menjual pelbagai produk sayuran seperti kicap dan acar, kepada orang-orang yang tidak menanamnya sendiri.

– Asa Candler, juga seorang bekas jurujual, membina armada jualan untuk menjual sirap Coca-Cola ke restoran-restoran setelah membeli formulanya dari John Pemberton seorang ahli farmasi dengan harga USD2,300 pada tahun 1886.

Akibat dari organisasi-organisasi seperti ini, lahirnya idea untuk syarikat-syarikat membenarkan tenaga jurujual mereka untuk memiliki perniagaan mereka “sendiri”. 

1868 – JR Watkins mendirikan JR Watkins Medical Company, salah satu syarikat pertama Amerika yang membenarkan produk kesihatan semulajadinya dipasarkan oleh rakan niaganya terus kepada pengguna.

1890 – David McConnel memulakan syarikat California Perfume, yang berpusat di New York. Pada tahun 1906 ia mempunyai 10.000 wakil jualan menjual 117 produk yang berbeza. California Perfume menukar namanya menjadi Avon Products pada tahun 1937.

1905 – Alfred C. Fuller yang juga merupakan seorang bekas jurujual sangat mempengaruhi masa depan organisasi jualan. Fuller memulakan syarikat Fuller Brush Company dan menggaji 270 dealer di seluruh Amerika Syarikat untuk mengikuti rancangan perniagaannya yang berdasarkan kepada komisen sahaja. Pada tahun 1919, Fuller Brush Company telah membuat jualan sebanyak USD 1 juta; pada tahun 1960 pula adalah USD 109 juta.

1931 – Frank Stanley Beveridge adalah bekas naib presiden jualan untuk Fuller Brush Company. Dia dan Catherine L. O’Brien menubuhkan syarikat Stanley Home Products. Dipengaruhi oleh kesulitan ekonomi disebabkan oleh kegawatan ekonomi sewaktu zaman ‘Great Depression’, Frank dan Catherine membayangkan sebuah peluang bagi orang ramai untuk memulakan perniagaan mereka sendiri dengan pelaburan minimum, dengan menjual produk-produk seharian yang digunakan orang ramai. Visi ini jelas diambil dari Fuller Brush Company. Stanley Home Products menjual pembersih rumah, berus dan mob. Beberapa dealer Stanley mula memberikan demonstrasi untuk kelab-kelab dan organisasi berbanding kepada individu-individu untuk meningkatkan volume penjualan. Dealer-dealer Stanley dengan cepat menggunakan idea ini sebagai cara untuk memaksimumkan jualan. Dealer-dealer ini mengambil konsep “kelab dan organisasi”  ke rumah-rumah dengan cara pemilik rumah menjemput rakan-rakan dan keluarga untuk mendengar persembahan jualan … maka lahirlah “home party” (parti rumah).

Stanley Home Products menjadi tempat latihan bagi ramai pemimpin syarikat yang terkenal. Mary Kay Ash, pengasas Mary Kay Cosmetics; Brownie Wise dari Tupperware; Jan dan Frank Day, pengasas Jafra Kosmetik, dan Mary Crowley, pengasas Home Interiors telah menerima latihan awal dealer Stanley Home Products – sekali lagi dipacu oleh syarikat Fuller Brush.

1934 – Carl Rehnborg memulakan California Vitamin Corporation menjual apa yang kini dikenali sebagai suplemen vitamin. Pada tahun 1939 syarikat ini telah bertukar nama menjadi Nutrilite Products Company, Inc

1945 – Nutrilite telah menandatangani kontrak dengan Mytinger & Casselberry untuk melantik merekan menjadi pengedar ekslusif seluruh Amerika bagi produk-produk Nutrilite. Mytinger & Casselberry telah mencipta pelan imbuhan Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM) pertama yang didokumentasikan. Ia berbunyi seperti ini: Seorang pengedar Nutrilite membeli produk pada harga yang di diskaun sebanyak 35%. (Contoh: Pengedar A membeli sekotak vitamin pada harga sebanyak USD 13 dan kemudian menjualnya pada harga sebanyak USD 20 dengan keuntungan sebanyak USD7.00)

Untuk menggalakkan pengedar untuk menjual lebih banyak, Nutrilite membayar bonus bulanan tambahan sebanyak 25% dari jumlah keseluruhan jualan. 20 pelanggan x USD13.00 (nilai belian borong) = USD260 x 25% = keuntungan USD65,00.

Setelah pengedar membuktikan bahawa dia boleh mendapatkan 25 pelanggan, dia akan dibenarkan untuk menjadi pengedar LANGSUNG – yang bererti bahawa dia boleh mencari orang lain yang ingin menjual produk Nutrilite dan kemudian mereka akan membeli produk mereka dari dia. Inti patinya, apabila dia berjaya membuktikan bahawa dia boleh mendapatkan pelanggan-pelanggan, dia akan dinaikkan pangkat dan dibenarkan untuk mencari pengedar lain dan melatih mereka untuk mendapatkan pelanggan. Sebagai insentif untuk melatih pengedarnya dengan baik, apabila dia dan pengedar-pengedarnya mengumpulkan 150 pelanggan, maka dia akan menerima tambahan 2% dari jumlah keseluruhan jualan.

Ini bukan piramid – itu adalah sistem kuota berasaskan pengurusan. Mereka yang menjual paling banyak vitamin akan mendapat insentif yang lebih tinggi daripada mereka yang menjual sedikit. Pelan Imbuhan MLM ini hanyalah satu pembaharuan dari ganjaran pengeluaran Fuller Brush Company. Dengan Pemasaran Rangkaian (Network Marketing), syarikat dapat memotivasi jurujualnya untuk tidak hanya menjual lebih banyak produk, tetapi juga untuk melatih orang lain untuk menjual lebih banyak produk.

1945 – Earl Tupper mencipta sebuah bekas plastik yang ringan, fleksibel dan dengan penutup ketat. Dia mula menjual produk-produknya melalui kedai-kedai runcit konvensional, tetapi dia menyedari produknya memerlukan demonstrasi. Earl Tupper kemudiannya bekerjasama dengan Brownie Wise (dahulunya dengan Stanley Home Products) melancarkan Pelan Parti Tupperware. Sekarang, ia adalah syarikat bilion dollar bertaraf dunia yang beroperasi di 40 buah negara.

1949 – Rich Devos dan Jay Van Andel (teman sewaktu sekolah tinggi dan rakan perniagaan) kembali dari perkhimatan tentera dan menjadi pengedar untuk vitamin suplemen Nutrilite pada tahun 1950. Setelah berlaku dilema singkat dengan Nutrilite pada tahun 1959, kedua-duanya meninggalkan Nutrilite dan membentuk syarikat Amway Corporation. Pada tahun 1972 Amway Corporation membeli Nutrilite.

1956 – Dr Forrest Shaklee mengembangkan kaedah ekstraksi mineral dari sayur-sayuran dan telah menggunakan Pemasaran Rangkaian untuk mengedar produk-produknya.

1963 – Mary Kay Ash mencipta Mary Kay Cosmetics. Pada tahun 1996, jualan syarikat adalah lebih daripada 2 bilion dolar setahun.

1975 – FTC (Federal Trade Commission) telah mengemukakan saman terhadap Amway Corporation kerana didakwa mengendalikan sebuah skim piramid.

1979 – Seorang hakim telah memutuskan bahawa program pemasaran multi level Amway adalah sebuah peluang perniagaan yang sah, dan bukannya sebuah skim piramid.

.