Memahami Sistem Imbuhan AMWAY

Setelah membaca sekali imbas dan melihat senarai semua produk-produk Amway, saya mula memahami pelan imbuhan Amway. Hampir 2 hari saya baca buku manual, search di internet untuk mengkaji sistem imbuhan mereka.

Zaman sekarang ada internet, ia memudahkan kerja kita. Tanpa perlu bergantung kepada upline, kita boleh berusaha mendapatkan apa yang kita mahu. Penaja (Upline) hanya boleh buka peluang dan beri panduan mengikut apa yang dia tahu,

Selebihnya, usahakan sendiri! Prinsip ini saya bawa sejak mula menceburi bidang pemasaran rangkaian. Tapi, jika anda punya penaja yang bagus, pemimpin berkaliber, bersyukur sangatlah. Harap dia boleh bimbing anda dan sentiasa memahami kehendak diri anda untuk berjaya.

Berbalik kepada sistem imbuhan Amway, perkara pertama yang saya lihat di setiap produk Amway ada tertulis  perkataan PV, BV, DP dan CP.

PV bermaksud Point Value (Nilai Mata) – nilai angka yang diberi kepada sesuatu produk. Produk bukan kepunyaan Amway, selalunya mempunyai PV rendah sedikit.

BV bermaksud Business Value (Nilai Perniagaan) – angka kewangan yang diberi untuk sesuatu produk. Ia berkait dengan harga produk dan inflasi. Selalunya hampir sama dengan harga produk.

DP bermaksud Distributor Price (Harga Pengedar) – Harga pembelian anda sebagai Pengedar.

CP bermaksud Customers Price (Harga Pelanggan) – Ia harga jualan produk kepada pelanggan bukan ahli.

Seterusnya, saya mengkaji Jadual Bonus Pencapaian. Ia adalah wang bonus yang kita jana sekiranya kita dan kumpulan berjaya melakukan aktiviti pembelian sendiri atau pun penjualan.

AM

Pembelian Ahli

Katakan anda membeli produk pada harga RM100 (DP). Untuk anda mengetahui BV dan PV bagi setiap produk dengan tepat, sila rujuk katalog produk. Selalunya, BV adalah juga 100 mengikut seperti harga pembelian tersebut dan PV pula dibahagikan 3.1 menjadikan jumlah PV anda adalah 32.

Contoh ->  CP: 130   DP: 100    BV: 100    PV: 32

Faktor pengiraan 3.1 itu ditetapkan oleh Amway dan anda hanya perlu merujuk katalog untuk memastikannya. Dalam keadaan atas, anda telah untung harga pembelian yang murah sebagai ahli kerana anda membeli pada harga DP dan bukannya harga CP. Beza CP dan DP adalah keuntungan anda. Ini keuntungan pertama iaittu keuntungan pembelian sebagai ahli!

networkingPembentukan Rangkaian

Seterusnya, katakan anda membina rangkaian anda dengan 10 ahli downline. Mereka juga melakukan pembelian yang sama. Ini bermakna, pembelian kumpulan termasuk anda adalah RM100 x 11 orang = RM1,100. Bagi kumpulan anda ini, BV adalah 1,100 iaitu melebihi BV 775 seperti yang terdapat dalam Jadual Bonus Pencapaian di atas. Maka, anda akan diberikan komisyen 3% dari BV 1,100 menyebabkan anda akan berpeluang dapat komisyen sebanyak 3/100 x RM1,100 = RM33. 

Untuk layak dapat RM33 itu, perhatikan pula PV. Jika jumlah keseluruhan PV kumpulan termasuk anda melebihi 250, maka anda layak dapat RM33 itu. Jika kita katakan contoh pembelian produk setiap 10 orang downline tersebut juga mempunyai nilai yang sama, maka PV keseluruhan adalah 32 x 11 = PV 352. Maka, anda layak menerima RM33 itu. Tahniah! Ini adalah keuntungan kedua iaitu keuntungan membina network!

Mudah nak dapat RM33 kan? Anda hanya dapatkan barang-barang harian biasa yang anda beli di hypermarket atau kedai-kedai biasa melalui  kedai-kedai Amway dan kawan-kawan anda pun lakukan perkara yang sama, anda akan dibayar RM33 pula.

Itu lah konsep pemasaran rangkaian. Anda dibayar bila anda rekomen produk syarikat kepada rakan-rakan.

Itu perkiraan mudah yang saya ambil. Apabila kumpulan bertambah, pembelian bertambah, maka pendapatan anda juga bertambah. Jika anda buka sahaja katalog produk Amway, anda akan dapat lihat bahawa produknya memang produk seharian! Jadi peluang buat duit dan menambahkan pendapatan memang terbuka luas.

Seterusnya, katakan 10 orang kumpulan anda melakukan seperti mana anda lakukan. Mereka menaja 10 orang lagi menjadikan jumlah keseluruhan kumpulan anda mempunyai 111 orang termasuk anda!

111 orang ini juga menggunakan produk bernilai RM100 sebulan menjadikan BV adalah RM100 x 111 orang = 11,100. Jika mengikut Jadual Bonus Pencapaian diatas,  anda dan kumpulan berpeluang dapat 12% dari 11,100 iaitu RM1,332. Ingat, anda kini perlu berikan 3% kepada setiap 10 orang ‘direct downline’ kerana pencapaian itu adalah hasil dari usaha kumpulan mereka. Jadi 10 orang downline akan dapat RM33 setiap orang menjadikan anda hanya menerima RM1,332 – (RM33x10 orang) = RM1,002 sahaja! Woww! Semua orang guna RM100 sebulan dan anda terima RM1,002 sebulan!

Setiap kiraan yang dilakukan adalah secara bulanan. Woww, ini boleh jadi pendapatan besar! Apakata kalau rangkaian berterusan? Woww Woww… 🙂

Pemjualan Peribadi

Seperkara lagi, perkiraan bisnes diatas tidak termasuk jika anda melakukan aktiviti menjual secara peribadi kepada pelanggan. Untungnya atau diskaun sebagai ahli adalah perbezaan antara CP dan DP. Anda beli pada harga DP yang lebih murah dan jual pada pelanggan pada harga CP yang lebih mahal. Anda mampu dapatkan keuntungan tunai lebih kurang 25%-30% lagi melalui setiap jualan! Inilah keuntungan ketiga iaitu keuntungan dari hasil jualan!

imagesItu dia 3 jenis keuntungan yang mampu anda nikmati sebagai Ahli Pengedar Amway. Pilih mana sahaja cara keuntungan yang anda ingini. Cara pertama, sebagai pengguna, cara kedua sebagai pembina rangkaian atau cara ketiga melalui jualan.

Bagi mereka yang tidak minat menjual atau tiada keupayaan melakukan jualan, saya cadangkan anda menggunakan cara membina rangkaian perniagaan. Mungkin anda tidak perlu menjual tetapi menjadi pengguna tegar dan bentuk rangkaian yang sama tegar dan mantap.

Okay, Saya juga nak memulakan pencarian 10 orang yang pertama. Saya akan ajarkan mereka segalanya yang saya tahu tentang selok-belok bisnes pemasaran rangkaian berdasarkan pengalaman saya sehingga ke cara-cara nak order barang secara online. Siapa yang berminat atau ingin tahu lebih lanjut, sila hubungi saya atau sms di 010-7962 696 atau email ratubuahdotcom@gmail.com … 🙂

Leave a comment