Ada Harapan Untuk Yang Ingin Berusaha

Malam ini saya akan ke Petaling Jaya iaitu ke pejabat sekumpulan ahli perniagaan AMWAY yang saya sertai minggu lepas. Saya kesana kerana ingin mengetahui lebih lanjut tentang operasi bisnes ini. Ini memang wajib mesti dilakukan. Ia perkara standard dalam bisnes pemasaran rangkaian ini.

Ramai orang, apabila diajak ke mesyuarat sebegini akan menolak dengan pelbagai helah. Tetapi bagi saya, keputusan adalah ditangan kita. Mahu tak mahu adalah keputusan kita, nak berjaya atau tidak adalah juga keputusan kita. Sebab itu selalu saya nyatakan kepada mereka yang ingin berusaha supaya buat keputusan untuk berjaya adalah langkah pertama sebelum mengusahakan dalam mana-mana program.

Tetapi sebelum buat keputusan, buatlah penyelidikan terlebih dahulu. Mesyuarat sebegini adalah sebahagian dari penyelidikan dan juga pembelajaran. Ia sangat-sangat penting!

Setelah hampir 4 tahun saya bergelumang dengan pemasaran rangkaian, banyak benda yang saya pelajari. Selama 4 tahun itu, saya anggap diri saya berjaya. Walau pun bukan 5 digit sebulan yang seperti yang diharapkan tetapi 4 digit sebulan yang saya terima adalah kesyukuran saya kepada ilahi kerana ramai yang tidak mencapai seperti itu. Segalanya saya usahakan sendiri dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan. Saya tidak keluarkan wang yang banyak untuk berusaha mendapatkan 4 digit sebulan itu.

Kini, saya merasa amat bangga dapat menyertai AMWAY. Segala yang saya pelajari selama ini menjuruskan diri saya kearah AMWAY. Tuhan maha adil, saya hanya merancang dan berusaha sekadarnya tetapi di buka pintu hati saya untuk menyertai AMWAY. Saya tidak takut kerana saya tahu permainan bisnes ini.

Amway pula bukan sebarang syarikat. Ia bapak kepada industri pemasaran rangkaian, Amway pencipta bisnes pemasaran rangkaian. Ia nombor satu di dunia dalam pemasaran rangkaian. Ia mampu bertahan selama lebih 50 tahun dengan berjuta-juta pengedarnya. Walau banyak rintangan sepanjang mereka melaksanakan bisnes ini tetapi mereka tetap utuh. Saman menyaman dan disaman adalah permainan mereka. Tetapi mereka tetap berdiri kukuh!

Saya tahu Amway  asyik buat untung. Jika ditanya mana-mana akauntan, mereka akan ‘angkat topi’ dengan rekod bersih kewangan syarikat ini. Saya sendiri yang punya asas perakaunan beri tabik spring kepada rekod kewangan syarikat ini. Sunggoh mantap!

Amway juga sudah tersenarai di Bursa Malaysia. 30% sahamnya dipunyai oleh Tabung Haji, PNB dan Khazanah. Itu lambang kekukuhan syarikat ini. Tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kestabilan syarikat ini, selain mempelajari aspek perniagaannya.

Saya tertanya-tanya kenapa Amway begitu berjaya. Satu perkara yang saya dapati adalah kerana ahli-ahlinya sangat terdidik dalam pemasaran rangkaian. Mereka cintakan Amway. Mereka lakukan untuk diri mereka sendiri dan syarikat pula membantu menyokong usaha mereka!

Malam ini memang saya nantikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s