Daftar Jadi Ahli Amway

Memulakan perniagaan Amway adalah agak mudah. Saya mendaftar pada 12 Jun 2013, isi borang dan bayar yuran RM90.00 tunai sahaja. Kos RM90.00 itu mahal atau murah bergantung pada apa kemahuan anda. Bagi saya tidaklah semahal mana kerana tujuan saya adalah untuk menyelidik dan meneroka peluang perniagaan yang ditawarkan oleh sebuah syarikat gergasi yang sangat hebat ini!

Kenapa saya kata hebat? Ia adalah kerana syarikat Amway ialah pengasas kepada konsep perniagaan pemasaran rangkaian dunia. Nilai jualannya bernilai berbillion-billion dollars setahun, ia syarikat ‘direct sales’ terunggul nombor 1 dunia, ia juga syarikat ‘direct sales’ yang tertua (paling berpengalaman) dan berusia lebih 50 tahun dengan 3 juta orang pengedarnya bertaburan di seluruh dunia.

Di Malaysia sendiri, mereka ada 250,000 orang pengedar. Jualan tahunan pun lebih kurang RM750 juta. Perniagaan mereka, asyik untung sahaja. Kalau semak maklumat di Bursa Malaysia, syarikat ini mempunyai akaun bank yang paling bersih, tak banyak hutang!

Orang berniaga kata duit RM90 itu kos pelaburan awal yang mesti kita keluarkan untuk memulakan sesuatu perniagaan. Kalau tak sanggup, jangan berniaga. Kadang-kadang, saya terasa ianya adalah murah kalau dibanding dengan peluang yang ditawarkan oleh syarikat yang sebesar dan ternama ini.

Okay, apa yang kita dapat dengan RM90.00?

Pertamanya, saya dikenalkan dengan ahli pengedar yang lebih senior. Beliau meraikan kemasukan saya dan sibuk menerangkan ‘Business Kit’ yang saya pilih. Saya pilih ‘Business Kit’ Bahasa Malaysia.

toolkitBanyak juga bahan-bahan bercetak yang diberikan. Semuanya termasuk dalam satu beg hitam kecil. Segala-galanya ada untuk kita memulakan perjalanan perniagaan ini. Ini gambar yang sempat saya ambil.

Selain itu, saya diberikan satu laman web peribadi di www.amway2u.com. Segala-gala tentang perniagaan Amway ada di situ. Kemudahan online ini amat penting untuk memudahkan kerja. Ini gambar laman webnya.

webj

Selain itu, sebagai ahli, anda boleh LOGIN masuk ke Pejabat Pengedar Online di dalamnya. Di situ, terdapat segala keterangan untuk kegunaan ahli. Ada produk dan harga. Jika nak buat pesanan pun mudah sahaja. Boleh pilih produk, bandingkan harga dan buat pesanan. Bayaran pun secara online.

Untuk penghantaran, ia adalah PERCUMA jika pembelian adalah melebihi RM300. Jika tidak, anda perlu masukkan kos penghantaran sebanyak RM10.

Murah juga RM10 tu. Kalau nak pergi kedai Amway, naik teksi, naik kereta mungkin kosnya lebih kurang itu juga. So, bayar je lah RM10 tu dan tunggu produk di rumah.

Gambaran dalam pejabat online untuk pembelian produk secara online (untuk ahli sahaja) adalah seperti di bawah:

web2j

Prestasi perniagaan ahli kumpulan anda juga boleh dipantau disini. Itu penting!

Seterusnya, syarikat menawarkan pembelian ‘Pakej Produk Permulaan’.¬†Ada diskaun 10% untuk setiap pakej itu.¬† Pakej yang ditawarkan adalah:

1. Pakej Artistry (Produk penjagaan kulit) yang berharga diantara RM221 hingga RM330.

2. Pakej Home Starter Pack yang berharga RM82.40.

3. Pakej Personal Care  Starter Pack berharga RM81.00

Pembelian boleh dilakukan dalam masa 2 bulan. Maksudnya, boleh balik dulu dan fikir yang mana satu nak dipilih. Hehehe…

Nampak segalanya kemas dan tersedia untuk kemudahan ahli melakukan aktiviti perniagaan mereka. Setakat ini, saya berpendapat kemudahan-kemudahan diatas untuk ahli baru adalah mantap!

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut atau mendaftarkan diri sebagai pemilik perniagaan Amway, sila hubungi atau sms saya Kamaruzaman Zainal di 010-796 2696.

Anda akan dikehendaki untuk membuat pembayaran RM90 + RM10 (untuk penghantaran Poslaju bagi borang bersama ‘starter kit’ anda).

About these ads

3 thoughts on “Daftar Jadi Ahli Amway

  1. salam.macam mane ye nk dptkn product amway tnpa mendaftar jd ahli? sy x de knal sape2 yg da daftar.coz sy cume berminat nk beli 1 barang je dlm amway tu..sy beminat nk jd ahli tp bkn untuk berniaga k hape juz nk beli n pakai barang2 dye je.boleh k bg tau sy cam ne nk daftar?

    • Salam. Ya, anda boleh beli barang tanpa jadi ahli. Hubungi ahli yg terdekat, jika tiada, sila hubungi saya Kamaruzaman Zainal di 010 796 2696 untuk saya aturkan pembelian.

      Kebaikan jadi ahli adalah pihak Amway sendiri akan hantar produk tersebut ke rumah anda. TQ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s